USM PULAU PINANG, 1 Oktober 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh agenda inovasi dan pengkomersialan negara apabila nilai pengkomersialan bagi pelesenan teknologi dan penjualan produk mencecah RM3 juta pada 2025, berbanding dengan RM1.22 juta pada 2024.
Pencapaian memberangsangkan tersebut diraikan oleh Naib Canselor USM bersama pengurusan tertinggi USM pada Majlis Penghargaan Pengkomersialan bagi Tahun Penilaian 2024/2025 yang berlangsung di VIP Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori, USM.
Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, pencapaian tersebut merupakan hasil usaha bersama para penyelidik dan warga universiti pelbagai peringkat dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan USM.
Menurut beliau, usaha pengkomersialan perlu terus berasaskan kekuatan USM dalam pendidikan dan penyelidikan, di samping memperkukuh inovasi berpacukan industri dengan mengenal pasti keperluan dan rakan industri sejak peringkat awal penyelidikan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan hasil penyelidikan mempunyai hala tuju yang jelas serta dapat diterjemahkan kepada inovasi yang memenuhi keperluan pengguna dan industri.
Abdul Rahman menggalakkan para penyelidik memberi tumpuan kepada bidang kepakaran tertentu bagi meningkatkan impak penyelidikan serta mengukuhkan kedudukan USM dalam bidang strategik. Beliau berkata, pengkomersialan juga perlu diberi perhatian dari sudut inovasi sosial yang memberi manfaat dan impak kepada masyarakat.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa hubungan universiti dan industri perlu dibangunkan secara berterusan bagi membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam penyelidikan, perundingan, pembangunan teknologi, dan pengkomersialan. Menurutnya lagi, kerjasama tersebut perlu dilaksanakan dengan mengutamakan tiga perkara utama, iaitu integriti, ketepatan masa, dan kualiti bagi memastikan hasil kerja memenuhi keperluan pihak industri.
Abdul Rahman turut menyatakan bahawa pengiktirafan berkenaan diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan untuk memperkukuh inovasi dan pengkomersialan di USM, sekali gus menterjemahkan ilmu dan penyelidikan kepada inovasi yang memberi nilai serta impak bermakna.
Dalam penilaian Malaysia Research Assessment (MyRA), USM turut merekodkan pencapaian yang cemerlang dalam Seksyen E – Inovasi, yang mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan.
Turut hadir ke majlis ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dato’ Dr. Azlan Amran; Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC) USM, Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd; dan Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC), Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Mohd Hazwan Hussin.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Penghargaan Pengkomersialan USM kepada 31 penerima sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam memperkukuh agenda pengkomersialan universiti.
Senarai Pemenang Anugerah Penghargaan Pengkomersialan:
- Profesor Madya Ts. Dr. Rafidah Zainon, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM
- Profesor Madya Ts. Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM
- Profesor Madya Dr. Jagadheswaran Rajendran, Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC), USM
- Profesor Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM
- Ts. Dr. Asmida Isa, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM
- Profesor Madya Chm. Dr. Mazidatulakmam Miskam, Pusat Pengajian Sains Kimia, USM
- Profesor Madya Dr. Zuraida Zainun, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM
- Profesor Ir. Dr. Widad Ismail, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM
- Dr. Phoon Hooi San, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM
- Dr. Mohd Shahrimie Mohd Asaari, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM
- Profesor Madya Dr. Wan Mohd Yusof Rahiman Wan Abdul Aziz, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM
- Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamad Aizat Abas, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, USM
- Dr. Radieah Mohd Nor mewakili Profesor Madya Dr. Nur Amirah Gazzali, Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM
- Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sharizal Abdul Aziz, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, USM
- Dr. Karpal Singh Dara Singh, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, USM
- Profesor Ts. Dr. Abdul Hafiz Abdul Majid, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM
- Profesor Madya Dr. Nur Faeza Abu Kassim, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM
- Profesor Madya Dr. Sabreena Safuan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM
- Profesor Madya Dr. Raa Khimi Shuib, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM
- Profesor Madya Dr. Mohd Tahir Ismail mewakili Profesor Madya Ts Dr. Majid Khan, Pusat Pengajian Sains Matematik, USM
- Ts Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR), USM
- Profesor Madya Dr. Norzaini Zainal, Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR), USM
- Profesor Madya Dr. Intan Juliana Abdul Hamid, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), USM
- Profesor Ir. Dr. Cheah Chee Ban, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM
- Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
- Ts. Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman, Pusat Racun Negara, USM
- Profesor Madya Ts. Dr. Shankar Karuppayah, Pusat Penyelidikan Keselamatan Siber (CYRES), USM
- Profesor Madya Dr. Tan Joo Shun, Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM
- Dr. Nadia Izzati Nordin mewakili Dr. Mohd Zulkifli Mustafa, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM
- Dr. Mohd Nadhir Abdul Wahab, Pusat Pengajian Sains Komputer, USM
- Profesor Dr. Mohd Hazwan Hussin, Pusat Pengajian Sains Kimia, USM