PPPJJ USM PERKENAL PELUANG PENGAJIAN FLEKSIBEL KEPADA KOMUNITI DI UMK BACHOK
Peluang melanjutkan pengajian tinggi secara fleksibel sambil memenuhi komitmen kerjaya dan kehidupan menjadi antara tumpuan pengunjung pada program ODL Experience Day @ UMK Bachok yang berlangsung Dewan Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) tidak melepaskan peluang mendekati warga pantai timur dan mengetengahkan keunikan RPJJ dalam program yang menghimpunkan warga akademik, penjawat awam dan komuniti setempat dalam satu plaform perkongsian ilmu dan pengalaman itu.
Program itu dianjurkan bersempena Syarahan Perdana oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, sekali gus menyediakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman.
Sepanjang program berlangsung, reruai PPPJJ USM menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang ditawarkan oleh universiti itu.
Antara aspek yang mendapat perhatian ialah program pengajian yang ditawarkan, kaedah pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL), fleksibiliti pengajian serta peluang melanjutkan pengajian tanpa mengabaikan komitmen kerjaya dan kehidupan.
Penyertaan PPPJJ USM dalam program itu turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman dan kelebihan pembelajaran jarak jauh, di samping memperkenalkan peluang pendidikan sepanjang hayat kepada masyarakat, khususnya mereka yang ingin meneruskan pengajian tanpa meninggalkan komitmen sedia ada.
Dalam perkembangan berkaitan, permohonan Fasa 2 kemasukan ke RPJJ USM masih dibuka kepada mereka yang berminat melanjutkan pengajian secara fleksibel. Permohonan boleh dibuat menerusi portal pohon.usm.my.