Skip to main content

NAIB CANSELOR RASMI PENUTUP SME INNOVATION DAY 2026

SME Innovation Day 2026 - USM News
Sinergi Universiti & Industri

USM Meterai Projek Kerjasama RM1.235 Juta Bersama SME Perkasa Inovasi & AI

TARIKH: 6 Ogos 2026  |  LOKASI: sains@USM, Pulau Pinang
KLUSTER: SME & Pembangunan Industri

– Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini menyempurnakan Majlis Penutupan SME Innovation Day 2026 yang berlangsung di sains@USM, sekali gus menyaksikan pemeteraian dan penyampaian projek kerjasama bernilai RM1.235 juta kepada lapan projek melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Foto 1

Program yang menghimpunkan lebih 150 peserta mewakili lebih 65 syarikat SME bersama pakar akademik USM daripada pelbagai bidang itu menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama universiti dan industri dalam bidang digitalisasi, kecerdasan buatan (AI), inovasi, penyelidikan serta pembangunan kapasiti perniagaan.

RM1.235M
Nilai Projek Kerjasama
105
SME Terlibat
17
MoU & Acceptance
8
Projek Diluluskan
"SME bukan sekadar penerima ilmu atau teknologi. SME ialah rakan pencipta nilai. Mereka memahami denyut pasaran, bergerak pantas dan mengenal pasti masalah di lapangan."
— Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM

Dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata, perusahaan kecil dan sederhana bukan lagi sekadar penerima ilmu dan teknologi, sebaliknya merupakan rakan strategik universiti dalam mencipta nilai kerana lebih memahami keperluan sebenar pasaran.

Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat antara universiti dan industri amat penting dalam memastikan graduan sentiasa relevan dengan keperluan semasa, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka.

"Jika USM bekerja rapat dengan industri, kita akan sentiasa bersedia. Jika tidak, graduan akan dipinggirkan. Oleh itu, pusat-pusat pengajian perlu mendapatkan lebih banyak input daripada industri..."
— Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed
Foto 2
Foto 3

Menurut beliau lagi, sepanjang tiga bulan pelaksanaan Program Sinergi USM–SME, sebanyak 105 SME telah mengemukakan 116 isu dan keperluan, manakala 17 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Setuju Terima berjaya dimuktamadkan. Hasil usaha tersebut turut menyaksikan pembangunan lapan projek susulan bernilai RM1.235 juta.

Tambah beliau, melalui Enterprise Innovation Platform (EIP), USM akan terus memperkukuh ekosistem inovasi dengan memudah cara proses pemprofilan keperluan industri, pemadanan kepakaran akademik serta pemantauan hasil kerjasama secara lebih sistematis.

Foto 4
Foto 5
EMPAT BIDANG UTAMA SME INNOVATION DAY 2026
Digitalisasi, AI & Analitik Data
Inovasi Produk & Proses
Latihan & Kapasiti Perniagaan
Penyelidikan & Pengkomersialan

SME Innovation Day 2026 turut memberi tumpuan kepada empat bidang utama selaras dengan aspirasi USM dalam memperkasa daya saing perusahaan kecil dan sederhana di peringkat nasional dan antarabangsa. Pada majlis tersebut, lapan cek cura disampaikan kepada penerima projek bagi menyokong pelaksanaan inisiatif kerjasama.

Foto 6
Foto 7
TETAMU KEHORMAT HADIR:
Prof. Dato' Dr. Azlan Amran (TNC Jaringan Industri & Masyarakat USM)
Prof. Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil (Pengarah Jaringan Industri USM)
Dr. Jeffrey Cheah Sau Seng (Ketua Kluster SME & Pengarah Projek)
Ts. Ng Kwang Ming (CEO Digital Penang Sdn. Bhd.)