LAWATAN PENANDA ARAS: DELEGASI SEKRETARIAT HEJIM FST UKM KE BJIM USM KONGSI AMALAN TERBAIK
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan delegasi Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi lawatan penanda aras pengurusan jaringan industri dan masyarakat, di sini baru-baru ini.
Timbalan Dekan HEJIM FST UKM, Profesor Ts. ChM. Dr. Rizafizah Othaman, mengetuai lawatan kerja berkenaan yang turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan jaringan industri dan masyarakat.
Pengarah Jaringan Industri USM, Profesor Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil meraikan kunjungan berkenaan, selain berkongsi pendekatan dan pengalaman BJIM USM dalam membangunkan dan memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri dan masyarakat.
Selain meneroka peluang kerjasama strategik dan pelaksanaan program bersama pihak berkepentingan, sesi perbincangan dua hala itu turut membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan fungsi jaringan industri dan masyarakat di institusi masing-masing.
Lawatan penanda aras tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara USM dan UKM, selain meneroka peluang kerjasama strategik pada masa akan datang.