Skip to main content
BERITA MUTAKHIR

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2026/2027

PULAU PINANG · 13 Ogos 2026

USM PULAU PINANG, 13 Ogos 2026 – Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi lepasan STPM/setaraf Sesi Akademik 2026/2027 akan diumumkan pada Jumaat, 14 Ogos 2026 mulai jam 12.00 tengah hari.

Calon boleh menyemak keputusan melalui empat saluran rasmi iaitu Portal UPUOnline®, Portal Alternatif UPUOnline®, Aplikasi UPUPocket, dan Aplikasi MyGov.

Tempoh semakan dibuka dari 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari sehingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang.

Bagi calon yang berjaya menerima tawaran, pengesahan sama ada setuju terima atau menolak tawaran perlu dibuat mengikut arahan universiti dalam tempoh 15 Ogos hingga 23 Ogos 2026.

Calon yang tidak berjaya akan diberi peluang mengemukakan rayuan melalui UPUOnline® dalam tempoh yang akan diumumkan kemudian.

Semua calon diingatkan supaya menyemak keputusan hanya melalui saluran rasmi UPUOnline® dan memastikan setiap tindakan diselesaikan dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan kesilapan atau kegagalan proses.

Selamat maju jaya kepada semua calon!

Teks: Nurin Wardina Mohd Hanif, Intern@MPRC, USM
Poster: Zainudin Salman