8 PENYELIDIK USM RAIH PENGIKTIRAFAN DI NEXTWAVE INNOVATION AWARDS, WLA 2026
Lapan Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi menerusi penyertaan dalam NextWave Innovation Awards 2026 yang berlangsung bersempena dengan 10th Water Loss Asia (WLA) 2026.
Dengan bertemakan “Securing Asia’s Water Future: Innovating for Reduced Water Loss and Non-Revenue Water”, program ini menyediakan platform perkongsian pengetahuan, pameran teknologi, dan kerjasama industri bagi meneroka penyelesaian berkaitan pengesanan kebocoran, pendigitalan sistem bekalan air, dan pengurusan sumber air yang lebih cekap. Menarik pada edisi kali ini, program pada tahun ini turut memperkenalkan NextWave Innovation Awards sebagai sebahagian daripada usaha mengetengahkan inovasi dalam sektor air.
Penyertaan USM dalam program ini telah berjaya meraih empat Anugerah Khas, lima Pingat Emas, satu Pingat Perak, dan dua Pingat Gangsa. Penyelidik USM yang memenangi anugerah-anugerah tersebut adalah seperti berikut:
Pemenang Anugerah Khas dan Pingat Emas:
- Profesor Dr. Suzylawati Ismail (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia) - HYBRID ZEOLITE–ZWITAD: Modular Ammonia Removal for Cleaner Water.
- Profesor Madya Dr. Mohammad Anwar Mohamed Iqbal (Pusat Pengajian Sains Kimia) - CLAYNOVA: Next Generation Sustainable Engineered Nanomaterials for Harmful Algal Mitigation.
- Ts. Dr. Nik Azimatolakma Awang (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam) - Method for Extracting Microplastics from Diverse Environmental Matrices.
- Profesor Madya Dr. Yeoh Fei Yee (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral) - Brine-based Regeneration of Ion-Exchange Resins for Sustainable Water Purification.
Pemenang Pingat Emas:
- Dr. Mohamad Danial Shafiq (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral) - MicroPlastiScan: Smart Sensing for Cleaner Waters.
Pemenang Pingat Perak:
- Profesor Dr. Asrulnizam Abd Manaf (Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik, CEDEC) bersama Ts. Dr. Beh Khi Khim (Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) - Compact Electrochemical Sensing Platform for Real-Time Water and Soil Quality Assessment in Aquaculture.
Pemenang Pingat Gangsa:
- Dr. Nuridah Sabtu (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam) - ANGLED BAR GULLY GRATES: A Simple Innovation for Cleaner, Safer and More Resilient Communities.
- Profesor Dr. Chow Wen Shyang (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral) - CirqFlow: Modular Water Recirculation and Filtration for Resource-Efficient Water Management.
Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan (PIP) USM, Profesor Dr. Mohd Hazwan Hussin, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan teknologi, khususnya dalam menghasilkan penyelesaian yang berpotensi menyokong kelestarian industri air.
“Pencapaian menerusi NextWave Innovation Awards 2026 yang berlangsung bersempena dengan WLA 2026 ini membuktikan potensi penyelidikan USM dalam menyumbang kepada pembangunan penyelesaian inovatif bagi menangani cabaran industri air,” katanya.
Tambahnya lagi, pencapaian ini juga membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama antara universiti dengan pihak industri dalam memperluas penggunaan teknologi inovatif, khususnya bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air serta menyokong kelestarian industri dan kesejahteraan masyarakat.
WLA 2026 telah berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), menghimpunkan pakar pengurusan air, operator utiliti, agensi kerajaan, penyelidik, dan penyedia teknologi dari dalam dan luar negara.
Seluruh warga USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penyelidik atas pencapaian membanggakan dalam program ini!