Skip to main content
BERITA MUTAKHIR

39 PELAJAR SMK SULTAN ISMAIL TEROKA ILMU ANATOMI DI USM

KUBANG KERIAN · 8 Ogos 2026

Seramai 39 pelajar bersama tiga guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Kota Bharu, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Anatomi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar diberikan pendedahan mengenai teknik pengawetan kadaver serta kaedah penjagaannya, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk mengenali bidang anatomi manusia dengan lebih dekat.

Lawatan ini turut memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, khususnya dalam memahami aspek asas pengawetan dan pengurusan spesimen anatomi.

Pada akhir lawatan, pihak muzium telah mengadakan sesi kuiz bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap penerangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang program berlangsung.

Cenderamata turut disampaikan kepada pelajar yang berjaya dalam sesi kuiz tersebut sebagai tanda penghargaan.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama para peserta.

Teks & Foto: Nik Ahmad Shah Nik Lah, Pusat Pengajian Sains Perubatan