USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: TUBUH DI MALAYSIA, HATI DI GAZA, PELAJAR PALESTIN SENTIASA TERKENANG KELUARGA

Bernama BM
TUBUH DI MALAYSIA, HATI DI GAZA, PELAJAR PALESTIN SENTIASA TERKENANG KELUARGA
18 Disember 2023

Screenshot 2023 12 19 at 9.19.42 AM

GEORGE TOWN, 18 Dis (Bernama) - Pelajar dari Palestin di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini sentiasa terkenangkan orang tersayang dan keluarga mereka di Gaza yang sedang menghadapi perang.

Apatah lagi ramai ahli keluarga mereka terkorban dalam konflik tersebut yang telah menyebabkan kematian ribuan orang awam.

Majed .S. Habib, 44, seorang pensyarah di sebuah universiti di Gaza yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang komunikasi, telah kehilangan 25 ahli keluarga sejak 7 Okt lepas.

Malah menurut Majed, jasad beberapa orang sepupunya sehingga kini masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan kediaman mereka di Shija'iah, Gaza yang musnah dibom rejim Israel.

Beliau berkata kehidupannya di Pula Pinang sebagai pelajar PhD berubah sama sekali sejak tarikh itu kerana dia sukar menumpukan perhatian dalam pelajaran dek sering memikirkan nasib isteri dan ahli keluarganya.

"Tidak pernah ada hari kita tidak memikirkan orang yang kita sayangi di rumah di Shija'iah. Setakat in isteri saya dan ahli keluarganya terselamat selepas dua bangunan yang mereka tinggal di Shija'iah musnah dibom rejim Israel.

"Isteri saya tinggal dengan abangnya dan kali terakhir abang ipar, abang isteri saya menghantar mesej kepada saya ialah lima hari lalu memberitahu mereka selamat. Sejak itu, saya tidak dapat menghubungi mereka lagi,"' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Majed antara 53 pelajar Palestin USM yang menerima sumbangan RM2,000 seorang menerusi Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Rakyat Palestin dilancarkan ole Kementerian Pengajian Tinggl.

Sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin it bertujuan membantu mengurangkan beban para pelajar Palestin di universiti itu yang terkesan dengan pergolakan di Gaza.

Majed berkata mereka berterima kasih atas bantuan itu memandangkan ketika ini tiada cara untuk keluarganya menghantar wang dari Gaza.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Palestin, Mahmoud M.A. Brieka, 28, yang sedang menuntut Ijazah Sarjana Perniagaan berkata beliau kehilangan 15 saudara dan terbaharu tiga hari lepas, dua sepupu ayahnya turut terbunuh dalam mogok.

Menurut Mahmoud keluarganya yang berada di Khan Yunis terpaksa menjadi pelarian selepas kawasan itu dibom Israel.

"Apa yang berlaku di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai dan a umpama mimpi ngeri buat kami rakyat Palestin.

"Saya berharap masyarakat antarabangsa akan terus memberikan sokongan kepada kami agar penduduk Palestin dapat membina semula kehidupan kerana Gaza tidak dapat didiami pada masa ini kerana musnah dibom Israel" katanya yang tinggal di Malaysia sejak tujuh tahun lepas.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 139

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024