USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: 19 UNIVERSITI AWAM PERINTIS PROGRAM MRI3

Bernama BM
19 UNIVERSITI AWAM PERINTIS PROGRAM MRI3
14 Disember 2023

Screenshot 2023 12 15 at 10.39.58 AM

GEORGE TOWN, 14 Dis (Bernama) - Sebanyak 19 Universiti Awam (UA) menjadi perintis kepada program Inkubator Penyelidikan dan Serap Industri Kementerian Pendidikan Tinggi (MRI3), atau dahulunya dikenali sebagai Program Serap Industri (IP), bag membangunkan bakat
berkemahiran tinggi dalam kalangan graduan.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed berkata program itu, dijalankan dengan kerjasama 27 syarikat industri dalam usaha penjanaan bakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, untuk menampung keperluan pihak industri.

Belau berkata USM merupakan Ketua Konsortium Elektrik dan Elektronik UA bagi pelaksanaan MRI3, dan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) a dapat memberi peluang lebih ramai pelajar di 19 UA lain untuk menyertai program tersebut.

"Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM terhadap industri yang terlibat dengan MRI3, dianggarkan sebanyak 500 penempatan akan ditawarkan oleh 27 pihak industri termasuk rakan strategik, pada tahun depan.

"Jumlah penempatan ini, telah melebihi bilangan penempatan asal yang disasarkan bagi tahun 2024, iaitu sebanyak 200 pelajar dan pada penempatan pertama seramai 47 pelajar sahaja, manakala penempatan kedua sebanyak 152 pelajar" katanya selepas menghadiri majlis perasmian MRI3 di Pusat Konvensyen Setia, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 19 UA tersebut turut mememeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan 27 syarikat industri, yang disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata selain 26 industri dan rakan strategik agensi yang bersetuju untuk menandatangani MO pada hari ini, terdapat lebih 100 industri yang turut hadir pada majlis hari ini, merangkumi syarikat dalam kalangan sektor Elektrik dan Elektronik.

Belau berkata perkara in menunjukkan sambutan menggalakkan dan komitmen yang tinggi dari industri terhadap program MRI3 dan untuk bersama menyokong hasrat KPT di dalam pembangunan bakat dalam negara, yang relevan kepada keperluan industri.

"Program itu juga member pendedahan praktikal industri dan memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pekerjaan bersama industri dengan gaji premium iaitu gaji permulaan lebih RM4,000, apabila selesai pengajian nanti.

"KPT mah memastikan MRI3 menjadi platform nasional yang disediakan oleh universiti dengan kerjasama pihak industri, supaya program latihan yang diwujudkan pada penggal akhir pengajian, sesuai dengan keperluan industri sebelum mereka diserap masuk ke alam pekerjaan," katanya.

Abdul Rahman berkata menerusi program MRI3 itu, para pelajar yang terpilih akan ditaja dengan bayaran elaun minimum sebanyak RM1,500 sebulan dan diberi pengetahuan serta kemahiran menggunakan peralatan dan perisian yang ditaja oleh industri it sendiri, yang akan ditempatkan di USM semasa menjalankan projek tahun akhir mereka.

"Sepanjang tempoh MRI3 ini juga, pelajar akan melaksanakan 'Projek Tahun Akhir' bersama pihak industri dan akan turut diselia oleh pensyarah di universiti.

"Projek Tahun Akhir in dilaksanakan mengikut peruntukan masa 20 jam seminggu yang telah diselaraskan profesional berdasarkan keperluan badan profesional," katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika memperkenalkan IP yang dimulakan di USM dilaporkan berkata a akan diperluas ke universiti-universiti lain, bag membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam kalangan graduan.

Mohamed Khaled berkata program IP itu, mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan kerana a dirangka berdasarkan pendekatan berfokus kepada pembelajaran di universiti.

- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 223

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024