USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: MENGABADIKAN DETIK MANIS DI GUNUNG PULAI

My Metro
Mengabadikan detik manis di Gunung Pulai
Oleh Sudirman Mohd Tahir | 26 November 2023

LAPAN sekawan gigih daki Gunung Pulai di Baling, Kedah bagi merakam detik manis prakonvo.
LAPAN sekawan gigih daki Gunung Pulai di Baling, Kedah bagi merakam detik manis prakonvo.

Kuala Lumpur: Demi kepuasan, pemuda ini bersama tujuh rakan lain sanggup mendaki Gunung Pulai, Baling, Kedah bagi merakam detik manis prakonvokesyen.

Muhammad Faizul Mohd Noor, 24, yang juga bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, itu juga impiannya sejak setahun lalu.

"Saya bersama rakan mendaki gunung ini pada 18 November lalu. Insya-Allah, saya akan berkonvokesyen pada Isnin ini dan ada rakan esok. Idea buat pra konvo atas gunung ini timbul tahun lalu.

"Saya pernah nampak orang bergambar dengan jubah atas batu besar macam atas bukit. Saya pun sembang dengan kawan untuk buat prakonvo. Kiranya, setahun simpan niat dengan kawan nak merakamkan momen indah ini atas gunung. Kebetulan saya dengan kawan pula memang suka mendaki," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dia bersama rakan memulakan pendakian seawal jam 2 pagi sebelum tiba di puncak lebih kurang jam 5 pagi.

"Kami mula naik lebih kurang jam 2 pagi dan sampai puncak dekat 5 pagi. Dalam tiga jam juga naik. Turun pula kami mula jam 9 pagi dan sampai ke bawah dekat 1 tengah hari.

"Memang puas sangat. Sebab yang pertama pemandangan lawa sangat. Kedua, jarang orang buat macam tu. Selalu orang shoot konvo tempat awam yang menarik. Kami ini orang kata buat kerja gila jugalah sebab panjat gunung semata-mata nak prakonvo.

"Bagi kami kepuasan bila habis belajar diraikan dengan suasana yang tenang dan cantik walaupun penat nak naik," katanya.

Menurutnya, kegigihan mereka dianggap berbaloi apabila ramai memuji hasil gambar yang diambil.

"Nak kata gigih, memang gigih jugalah. Sebab nak kena masukkan jubah dalam beg. Balut dengan plastik jubah tu sebab takut hujan atau kotor. Masa sampai di puncak tu, hujan dan angin kuat.

"Apa pun, kami semua puas bila ramai orang puji sebab hasilnya lawa," katanya.

  • Created on .
  • Hits: 154

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024