USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: INSIDEN KERETA ROSAK KUATKAN TEKAD SISWAZAH DARI SABAH UBAH NASIB KELUARGA

Bernama BM
INSIDEN KERETA ROSAK KUATKAN TEKAD SISWAZAH DARI SABAH UBAH NASIB KELUARGA
20 November 2023

Screenshot 2023 11 21 at 4.11.49 PMGraduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Ani Arnaisah Andi Arnis menunjukkanAnugerah Pingat Emas Nab Canselor yang akan diterimanya semasa sidang media khas upacara konvokesyen ke-61 USM.

 

Screenshot 2023 11 21 at 4.23.39 PMGraduan cemerlang Universiti Sains Malaysia (dari kiri) Muhammad Hafizi Mohd Hanafi (penerima Pingat EmasCanselor), Andi Arnaishah Andi Arnis (Pingat Emas Naib Canselor), Noor Hafiz Abd Jalil (Pingat Emas Pelajar KurangUpaya), Soleha Jasni (Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja) dan Jason Kng Wei Liang (AnugerahPelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja) bergambar bersama anugerah masing-masing semasa sidang media khas upacara konvokesyen ke-61 USM

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) - Terharu melihat kepayahan kedua-dua ibu bapa dalam memastikan beliau dapat menyambung pelajaran ke menara gading, membuatkan penerima Anugerah Pingat Emas Nab Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Andi Arnaisah Andi Arnis, 24, nekad mengubah nasib keluarga.

Berasal dari Kampung Kunak, Sabah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan it berkata beliau sebak mengenangkan insiden empat tahun lepas apabila kereta dinaiki bersama keluarga tiba- tiba rosak dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau bagi tujuan mendaftar di USM.

"Kereta itu adalah satu-satunya kereta yang kami ada dan ayah berlari mendapatkan bantuan kerana takut saya terlepas penerbangan. Hendak beli tiket baharu memang tak mampu...mujur ada seorang lelaki prihatin dan bantu hantarkan say ke lapangan terbang.

"Melihat kepayahan ibu bapa saya itulah yang menjadi titik tolak kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh, tambahan ibu memang teringin untuk melihat say mendapat anugerah dan menangis apabila mendapat tahu saya berjaya merealisasikan impian itu," katana pada sidang media khas sempena Upacara Konvokesyen ke-61 USM di di Bangunan Canselori, di sini,hari ini.

Puteri kepada Andi Arnis Ariffin, 56 dan Fatimah Hussin, 56, itu merupakan anak keenam daripada tujuh beradik.

Menurut Andi Arnaisah, beliau menjadi ejen produk kesihatan pada tahun kedua bagi menampung perbelanjaan dan yuan pengajian slain membantu keluarga di kampung.

Lebih membanggakan beliau berjaya membeli sebuah kereta baharu untuk ibu bapanya hasil titik peluh berniaga malah mampu mendapatkan barangan idaman.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Andi Arnaisah berkata beliau kini bekerja di Unit Kebajikan Pelajar dan Orang Kurang Upaya (BHEPA) namun berhasrat untuk menjadi seorang guru pendidikan khas.

"Saya mendapat tajaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mahu menjadi guru pendidikan khas kerana nak membantu Golongan Kurang Upaya (OKU) kerana prinsip hidup sava adalah sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain" katanya.

Sementara itu, penerima Hadiah Pingat Emas USM bagi Pelajar Kelainan Upaya (PKU), Noor Hafiz Abd Jalil bersyukur berjaya menamatkan pengajian biarpun berdepan pelbagai cabaran hingga terpaksa menangguhkan pengajian selama dua tahun.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan itu turut membuktikan kekurangan dimiliki bukanlah penghalang untuknya menggenggam segulung ijazah.

"Pada 2017 saya diserang penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematousus) menyebabkan kaki sebelah kanan lemah hingga tidak dapat menghabiskan semester pertama kerana terlantar.

"Selepas beransur pulih, saya sambung belajar dan berkat doa ibu akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang," katanya yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.

Selain itu, Hadiah Pingat Emas Canselor diberikan kepada Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Muhamad Hafizi Mod Hanafi.

Soleha Jasni daripada kursus pengajian yang sama menerima Anugerah Pelajaran Diraja bagi kategori Bumiputera manakala graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) Jason Kng Wei Liang dipilih sebagai penerima bagi kategori bukan Bumiputera.

Sementara it, Naib Canselor USM Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed berkata seramai 8,166 graduan akan menerima ijazah masing-masing pad upacara konvokesyen universiti itu, bermula esok hingga 27 Nov ini.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 171

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024