USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: INOVASI SEKUMPULAN PENSYARAH BANGUN RUMAH LEBAH GUNA TEKNOLOGI OT BAWA TUAH

Bernama BM
INOVASI SEKUMPULAN PENSYARAH BANGUN RUMAH LEBAH GUNA TEKNOLOGI OT BAWA TUAH
4 Julai 2023

Screenshot 2023 07 17 at 8.48.07 AM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) - Inovasi sekumpulan pensyarah membangunkan projek rumah lebah menggunakan teknologi Internet Benda (loT) membawa tuah apabila memenangi pertandingan ASM ArtScience Prize 2022 yang dianjurkan ole Akademi Sains Malaysia.

Projek dinamakan "The Crown" itu dibangunkan secara berperingkat sejak 10 tahun lepas oleh sekumpulan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai Pensyarah Kanan Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Dr Mod Zulkifli Mustafa.

Mod Zulkifli berkata "The Crown" dihasilkan menverupai sebuah rumah menggunakan kayu-kayan tempatan dan mempunyai elemen teknologi loT bag membolehkan penternak memantau suhu dan kelembapan sarang lebah melalui telefon bimbit mereka.

"Kita juga membangunkan sistem kod respons pantas (QR) yang membolehkan penternak mengesan lokasi asal sarang lebah.

la merupakan satu model yang menggalakkan masyarakat menjaga kelestarian alam sekitar tetapi pada masa sama membantu mereka menjana pendapatan melalui penghasilan produk madu lebah," katana kepada Bernama pada majlis pengumuman pemenang pertandingan itu, di sini hari ini.

Mohd Zulkifli berkata untuk fasa seterusnya pihaknya berhasrat untuk memasukkan elemen penderia bag membolehkan penternak mengesan nektar dan debunga yang dibawa serangga itu ke sarangnya.

Terdahulu, Mohd Zulkifli dan rakan-rakannya iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Imunologi USM Dr Rohimah Mohamud dan Felo Pasca Doktoral Jabatan Imunologi USM Dr Lidawani Lambuk menerima hadiah RM20,000 beserta sijil dan plak.

Mereka turut ditawarkan penempatan residensi di mana-mana organisasi atau institut untuk membangunkan projek sedia atau melaksanakan projek baharu mereka selama tiga bulan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang disaksikan Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) Datuk Dr Tengku Mod Azzman Shariffadeen dan Pengerusi Maybank Foundation Tan Sri Zamzamzairani Mod Isa selaku penaja utama program itu.

ASM ArtScience Prize 2022 ialah pertandingan dwitahunan yang terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk mencipta karya seni yang menggabungkan disiplin sains, teknologi serta seni dan untuk edisi kali ini, sebanyak 23 daripada 58 karya seni telah dipilih sebagai peserta akhir.

Sementara itu, gandingan koordinator fotomedia kreatif Dr Andrialis Abdul Rahman dan dua pensyarah kanan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ellyana Mohd Muslim Tan dan Siti Norfatulhana Ishak muncul sebagai pemenang Anugerah Rising Star yang menawarkan hadiah RM10,000 beserta sijil atau plak dan penempatan residensi.

Mereka memenangi anugerah it menerusi karya 33 keping gambar bertajuk "Woman in Black and White" yang dihasilkan menggunakan pelbagai bahan kimia luput tempo seperti D76 sebelum diletakkan dalam isolasi kotak hitam.

"Kami juga menggunakan bahan sisa rumah antaranya jus limau, cuka, campuran serbuk penaik untuk menghasilkan pelbagai rekaan bentuk gambar agar gambar itu tidak sekadar nampak seperti gambar sahaja sebaliknya mempunyai bentuk-bentuk unik.

Menerusinya kami mahu menyampaikan is seperti perubahan iklim dan wanita kerana kebiasaanya bahan-bahan kimia ini akan dibuang terus selepas luput tempo tetapi kami menggunakannya untuk menghasilkan gambar, sekali gus menyumbangkan kepada kemampanan alam sekitar" katanya.

Karya "Boxxie Head" yang dihasilkan menggunakan kadbod bag memperingati kehilangan spesies Badak Sumatera pula berjaya memenangi Anugerah Pilihan Awam, sekali gus membolehkan perekanya - gandingan Koordinator (Seramik Perindustrian), Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Zuraidy Abd Rahim dan pensyarah kanannya Dr Verly Veto Vermol membawa pulang hadiah RM5,000 dan sijil atau plak.

Menurut Verly, kadbod digunakan dikutip di kawasan premis perniagaan di Lembah Klang sejak beberapa bulan lepas sebelum diproses sebagai bahan untuk mewujudkan anatomi menyerupai haiwan berkenaan.

"Dalam projek ini, kami tidak hanya ingin menyampaikan tentang elemen sains tetapi cuba untuk menyampaikan mesej agar masyarakat menghargai nilai (sumber) yang ada di sekeliling sebelum a pupus," katanya.
- BERNAMA

  • Created on .
  • Hits: 253

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024