USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: LEBIH 5,000 HADIRI PROGRAM TEMU ANWAR DI USM

Malaysia Tribune
Lebih 5,000 hadiri Program Temu Anwar di USM
Oleh Azrul Naimi | Isnin, 12 Jun 2023

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada pihak pentadbiran dan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ekoran kelewatannya hadir pada Program Temu Anwar, di sini petang tadi.

beliau memberitahu, kelewatannya tiba di Dewan Tuanku Syed Putra itu kerana pesawat rasmi Perdana Menteri mengalami kerosakan.

“Hari ini, saya datang lewat sebab pesawat rasmi Perdana Menteri rosak.

“Jadi, diambil ganti yang besar sedikit, sebab itu mengambil masa, 45 minit untuk menggantikan pesawat,” kata Anwar.

Beliau kemudiannya sempat berseloroh dengan berkata, “Jangan ingat MAS atau Air Asia sahaja yang lambat,” katanya sambil tersenyum.

Antara yang soalan dalam pertemuan itu termasuk isu doktor kontrak; pemansuhan Ujian Penilaian Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Selain itu, ada perwakilan pelajar yang meminta Menteri Kewangan itu memberi peruntukan untuk USM mendapatkan bas susulan.

Ini memandangkan bas sedia ada tidak cukup untuk kegunaan pelajar termasuk di kampus induk selain usang, garis panduan baharu bagi elaun latihan industri bagi graduan serta mewujudkan semula sudut pidato (speaker corner) di universiti.

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Naib Canselor USM, Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.

Program Temu Anwar di Pulau Pinang merupakan siri ketiga selepas beliau mengadakan perjumpaan di Universiti Malaysia Sabah UMS) pada 31 Mei lalu.

Menerusi program itu, rakyat negeri terbabit terutama orang muda berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada Perdana Menteri.

  • Created on .
  • Hits: 157

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024