USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: ISU KEDAH DAN PULAU PINANG, JANGAN MAIN SUARA POLITIK PICISAN - PM ANWAR

Astro Awani
Isu Kedah dan Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan - PM Anwar
Oleh Fareez Azman | Ahad 11 Jun 2023

Isu Kedah dan Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama para hadirin pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.
Jelas Anwar, sejarah telah tertulis akan perubahan yang berlaku ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan ia perlu dihormati.
"Tradisi membaca itu harus kalau tidak tengok kita perbincangan sekarang Kedah ambil alih Pulau Pinang sebab ada buku sejarah. Sebab itu saya kata 'little knowledge is dangerous', ada juga 'half true is absolute'.
 
"Betul tak Kedah punyai Pulau Pinang? Ya (itu) dulu. Ada perubahan? Ya. Siapa tandatangani? Sultan Kedah. Bila? Pada tahun 1948, paling akhir 1957. Untuk apa? Untuk menyatakan setiap negeri termasuk Pulau Pinang dan Kelantan dan lain-lain itu menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu," jelasnya.
 
Tegas Anwar lagi, pemimpin juga perlu berilmu dan membaca sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau isu.
"Siapa tandatangan? Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah bagi pihak negeri dengan Inggeris dan Persekutuan Tanah Melayu.
"Boleh baca buku sejarah itu, bila baca sejarah Siam bagaimana? Bagaimana Brunei di Sarawak, Sulu di Sabah...sebelum itu kerajaan Sriwijaya.
"Jadi baca, kalau nak jadi pimpinan lebih lagi mencabar, jangan main suara politik picisan. Guna ilmu dan selamatkan rakyat," katanya lagi.
  • Created on .
  • Hits: 214

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024