USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: UNIVERSITI HARUS LEBIH TERBUKA, BEBAS TERIA PANDANGAN MAHASISWA - PM

Astro Awani
Universiti harus lebih terbuka, bebas terima pandangan mahasiswa - PM
Oleh Fareez Azman | Ahad 11 Jun 2023

Universiti harus lebih terbuka, bebas terima pandangan mahasiswa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi pengajian tinggi seperti universiti harus lebih terbuka dan bebas dalam menerima pandangan mahasiswa.

Jelasnya, ruang perlu diberikan kepada mahasiswa agar mutu universiti dapat ditingkatkan.

"Timba ilmu dan buat penilaian baik... apa yang dikatakan pemikiran kritikal. Saya akan jumpa semua Naib Canselor Universiti di negara ini, (dan maklumkan) bahawa iklim di universiti harus lebih terbuka dan bebas.

"Anak-anak (perlu) diberi ruang (untuk) beri pandangan, teguran dan kritikan, baru kita boleh angkat mutu universiti yang cemerlang," jelasnya.
Menjawab mengenai kebebasan bersuara mahasiswa, Anwar turut bersetuju agar 'Speakers Corner' diwujudkan di USM dalam mencapai matlamat itu.

Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Ahad.

  • Created on .
  • Hits: 172

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024