USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

BERITA DALAM TALIAN: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI PPPJJ USM

SINAR HARIAN
Pembelajaran sepanjang hayat di PPPJJ USM
5 April 2023

PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 melalui lonjakan tiga iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bertujuan untuk membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi.

Universiti Sains Malaysia.

PSH mampu menggembleng potensi individu yang masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Menerusi PSH, pendidikan tidak hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.

Justeru itu, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) merupakan salah satu Pusat Pengajian yang menawarkan peluang kepada mereka yang telah bekerja dan ingin melanjutkan pengajian tinggi sekaligus mampu untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Melalui Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) yang mendapat akreditasi serta kurikulum yang relevan dengan pasaran kerja, setiap pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik dan terjamin.

Lulusan daripada RPJJ di USM bakal memberi anjakan positif kepada majikan melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang bakal diterjemah ke dalam bentuk kerja yang lebih produktif dan kompetensi lebih tinggi.

PPPJJ menawarkan empat program Sarjana Muda iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) [major dalam Kewangan, Pemasaran, Strategi dan Pengurusan Organisasi], Sarjana Muda Sains (Kepujian) [major dalam Biologi dan Matematik], Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) [major dalam Sains Politik dan Antropologi-Sosiologi] dan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) [major dalam Sejarah dan Kesusasteraan].


Pelajar RPJJ dibekalkan dengan modul pembelajaran kendiri yang disediakan oleh pensyarah yang terlatih. Sebagai pelopor dalam agenda pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia, RPJJ telah memberi sumbangan yang signifikan dalam mentransformasikan ekonomi dan sosial masyarakat.

Sehingga kini, 20,881 orang telah menjadi alumni kepada RPJJ USM. Mereka terdiri daripada golongan pekerja yang mengintai peluang untuk mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah untuk meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mencapai kemajuan kerjaya yang lebih baik di sektor kerajaan atau swasta.

Menurut salah seorang Alumni RPJJ iaitu Muhamad Ali Hanapiah menyatakan yang PPPJJ USM menawarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan efisien sesuai bagi beliau yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Bagi beliau yuran pengajian juga sangat berpatutan, subjek major dan minor yang lengkap dan boleh diaplikasikan dalam lapangan kerja selain pensyarah yang sangat komited dan proaktif.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dan bertugas di Jabatan Veterinar, Kluang, Johor.

Seorang lagi graduan RPJJ iaitu Irfan Bujang pula berpendapat pengalaman pengajian yang sangat berkesan dan relevan kepada golongan yang bekerjaya dalam bidang penguatkuasaan seperti beliau. Kaedah pembelajaran terbaik yang diselia oleh pensyarah yang profesional. Beliau bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia.

Walaupun pelajar belajar secara jarak jauh, pelajar tetap dipastikan akan menerapi roh USM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang menjuarai agenda kelestarian.

Justeru itu, teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai perkhidmatan sokongan menjadi teras untuk memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik.

Sebagai pelajar RPJJ USM, pelajar berpeluang mengikuti pengalaman pembelajaran daripada salah satu universiti penyelidikan tersohor di Malaysia serta universiti yang mempelopori agenda kelestarian, USM berada pada kedudukan 1 di Malaysia dan ke-4 dunia dalam penarafan kedudukan THE-GIR 2022.

Permohonan kemasukan ke RPJJ Fasa pertama masih dibuka sekarang sehingga10 April 2023. Rebutlah peluang keemasan ini bagi melanjutkan pengajian di Universiti terkemuka iaitu USM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://pohon.usm.my atau hubungi PPPJJ di talian 04-653 2282.

*Mohd Rashid Abdul Rejab merupakan Timbalan Pendaftar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia

  • Created on .
  • Hits: 332

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024