USM NEWS PORTAL 

Keratan Akhbar

'SAYA TIDAK SANGKA BANTUAN SEKECIL INI AMAT BERMAKNA'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/847806/saya-tidak-sangka-bantuan-sekecil-ini-amat-bermakna

Zuhainy Zulkiffli
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DATUK Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan (kanan) berbual dengan Ashri Haya (kiri), 50 pada pertemuan khas pada Upacara Konvokesyen ke-59 USM di sini. FOTO ihsan USMDATUK Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan (kanan) berbual dengan Ashri Haya (kiri), 50 pada pertemuan khas pada Upacara Konvokesyen ke-59 USM di sini. FOTO ihsan USM
 
Georgetown: "Saya langsung tidak menyangka bantuan sekecil itu membawa makna cukup besar kepada banyak pihak," kata Ashri Haya, 50.

Kisah kontraktor perkhidmatan pencucian itu tular selepas menumpangkan seorang graduan yang terlewat ke Upacara Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini susulan kesesakan teruk di atas Jambatan Pulau Pinang, akibat kemalangan.

Ashri berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan sering menyelia kerja pencucian di USM.

Menurutnya, kesesakan ketika itu amat luar biasa dan dia sempat melihat ada di antara pengguna jalan raya yang terpaksa bersarapan dalam kereta, malah ada yang keluar dari kenderaan.

Katanya, dia kemudian ternampak graduan berkenaan seperti sangat terdesak mendapatkan pertolongan kerana tidak henti-henti menahan penunggang motosikal.

"Saya nampak jubah yang dipegangnya sama seperti jubah konvokesyen USM dan tanpa berfikir panjang terus menumpangkannya kerana simpati selain faham keadaannya yang sedang panik.

"Saya tidak sangka kisah ini tular kerana terus menyambung kerja seperti biasa selepas menumpangkan graduan berkenaan.

"Keesokan harinya, rakan di tempat menunjukkan berita mengenai kisah itu yang mendapat liputan meluas media," katanya di sini, hari ini.

Pada 24 Mei lalu, graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, R Kevin, 28, nekad menumpang motosikal pengguna jalan raya, selepas kereta yang dinaikinya terperangkap dalam kesesakan.

Ketika itu pemuda berkenaan sudah lewat untuk menghadiri Upacara Konvokesyen ke-59 USM yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Ashri dijemput khas ke Dewan Tuanku Syed Putra pada hari terakhir Upacara Konvokesyen ke-59 USM serta berkesempatan bertemu dengan pengurusan tertinggi universiti.

Dia turut meluahkan perasaan terharu dengan penghargaan yang diberikan pihak berkenaan.

Sementara itu Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, USM menghargai jasa baik Ashri membantu graduannya dan menyifatkan nilai murni itu perlu ada dalam setiap individu.

Katanya, walaupun pertolongan kecil namun kesanggupan Ashri menghulur bantuan di saat insan lain sangat memerlukan perlu dijadikan contoh oleh semua pihak.

Disiarkan pada: Jun 1, 2022 @ 2:04pm

-Sumber daripada Harian Metro Online

  • Created on .
  • Hits: 357

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024