USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KHAIRUL AMEEN JUARA MALAYSIAN BRAIN BEE CHALLENGE (MBBC) 2015

fixHFhN0KD7Bp761SueFkvAgKW2TdgVhE1CFkmacHBA

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mei 2015 - Dengan hanya perbezaan kiraan markah sebanyak 0.25%, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al - Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang Khairul Ameen Mohamad Sabri, berjaya menewaskan 14 pesaing dari dalam kalangan para pelajar sekolah menengah Semenanjung Malaysia untuk dinobatkan sebagai juara Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC) 2015 untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan International Brain Bee Championship (IBB) 2015 yang akan berlangsung di Cairns, Queensland, Australia, Ogos nanti.

Khairul Ameen yang begitu gembira dengan kemenangannya seakan tidak percaya dengan kemenangan yang dicapainya.

HwT1vghLH7PI1DiouGNMgPri0rfAA2UEfe5Hj6JqdJQ

xU2r8fQ9U6pNAtLUDgVuG0jF3OSTuX4vqPANapvN12c

RAfsvjcgde3mGl7N1qTKj6KnihMeMZ8Q CuDVfPSpXA

“Saya seakan tidak percaya dengan kemenangan ini kerana  pesaing-pesaing  hebat-hebat semua yang datang dari sekolah yang berprestij  dengan nama yang besar dan saya akan berikan yang terbaik semasa di Australia nanti kerana yang digalas adalah nama negara kita yang perlu dijunjung tinggi,” kata Khairul Ameen.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Kuala Lumpur Ng Zi Ying menjadi Naib Juara manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Kuala Lumpur Mika Daniel Harris Chong mendapat tempat ketiga.

KkfTPq 77cGDZO5WcsWazkOxKdmhwXwOioIyFGJybWI

Peserta dari Maktab Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu, Kelantan Tengku Zafran Long Tengku Long Haniff yang juga ahli Kelab Neurosains USM menerima  Anugerah Al-Biruni yang telah diperkenalkan bermula tahun lalu  yang mengambil nama saintis Abu Al-Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni.

Tengku Zafran Long  adalah peserta paling cemerlang dalam sesi pertandingan di peringkat zon dalam pelbagai aspek yang dinilai seperti ketepatan menjawab persoalan dan kecerdasan minda yang dimiliki. 

yeDTFx37uL2hMNKbg jcKr7Tld ElriikJh3x99oUKs

MBBC adalah Projek Libatsama “BrainBee@USM” melalui sokongan Geran Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Jaringan Neurosains Kelantan, Pusat Perkhidmatan & Penyelidikan Neurosains, Kampus Kesihatan USM serta Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). 

MBBC kali kedua peringkat kebangsaan ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan oleh 800 orang pelajar dari 125 sekolah menengah.

Berucap merasmikan MBBC, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim pihaknya berbangga kerana program menguji minda dalam bidang Neurosains ini kian mendapat perhatian ramai yang diharapkan nanti menjadi program negara yang melibatkan Sabah dan Sarawak dalam mengasah bakat anak-anak muda kita.

hp5Z6Uxc4V7Dl5L2GKBioW6Wpyw28ksQhaNrdSN1sM0

o35ef0rgCyEUZjr7YG 3 Apch8xUVOBRHtkQlcb71Io

Hadir pada majlis ini ialah Pengarah Perkhidmatan & Penyelidikan Neurosains Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Jafri Malin Abdullah, pensyarah kanan Jabatan Neurosains selaku Ketua Projek Profesor Madya Dr. Muzaimi Mustapha serta guru-guru yang terlibat.

Teks Asal: Mohd Rodin Che' Yusoff/Suntingan: Mohamad Abdullah​

  • Created on .
  • Hits: 1768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024