USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGERUSI LGU RASMI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-27 PERSATUAN ALUMNI USM

USM PULAU PINANG, 3 Februari 2024 – Persatuan Alumni USM (PAUSM) pagi ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 di Anjung Budi, Kompleks Alumni, di sini.

3693c7ab 6476 4133 84c5 06cd05e1d9e7

Mesyuarat kali ini memecahkan tradisi yang mana telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Turut hadir ke perasmian tersebut adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

f90a3a0b 23c8 41fa af8c 1a88b7bcea0b

Dalam ucapan perasmian beliau, Awang Adek berkata beliau menyantuni jemputan para Alumni pada tahun ini sebagai menunjukkan sifat kebersamaan 'sense of belongings' beliau kepada semua alumni sebuah universiti yang beliau pernah berkhidmat suatu ketika dahulu di awal 1980an.

Beliau seterusnya mencadangkan agar Persatuan Alumni ini boleh dikembangkan lagi fungsi dan peranannya untuk menyokong pembangunan dan kemajuan universiti sama seperti peranan yang diamalkan oleh alumni-alumni universiti tersohor di luar negara.

“Saya juga berharap agar pihak BHEPA boleh bersama-sama membantu PAUSM utk mengumpul semua tokoh-tokoh negarawan Alumni USM ke Kampus Minden untuk mereka luangkan masa mengenang masa lalu bersama nostalgia kemahasiswaan masa lalu. Sesungguhnya nostalgia di Alma Mater adalah unik dan amat peribadi buat semua,” tambahnya.

34ef7fa4 e33d 4a52 a95b 6c4b761f51e2

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat delegasi Alumni USM Acheh Indonesia yang sudi hadir ke mesyuarat kali ini.

Delegasi Acheh Indonesia diketuai oleh Profesor Jasman J. Ma'ruf, Ketua Umum IKA-USM (Ikatan Alumni USM) Aceh, Indonesia.

Untuk makluman, jumlah terkini alumni USM adalah seramai 190,000 orang yang terdiri daripada: Sarjana Muda 150,000 orang, pasca siswazah 40,000 orang.

Daripada jumlah itu, alumni antarabangsa adalah seramai 8,800 orang, staf USM 7,900 orang dan alumni yang aktif terkini seramai 73,000 orang.

2636591d dfd8 4abc 9ee4 53f18c871ce5

PAUSM diharapkan akan menjadi satu entiti kebanggaan universiti untuk terus memperkasa tahap persaudaraan semua alumni di samping menjadi wadah pengukuhan semangat satu USM yang sentiasa menjadi dokongan warganya sesuai dengan moto keramatnya 'KAMI MEMIMPIN'.

Mesyuarat pada kali ini menyaksikan Presiden PAUSM Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dipilih semula sebagai Presiden untuk penggal baru 2024-2026.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah, Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA/Unit Media dan Dokumentasi BHEPA/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 201

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024