USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYERAHAN TONG KITAR SEMULA; TANDA SIMBOLIK USM TERUSKAN KOMITMEN UTAMAKAN KELESTARIAN

USM PULAU PINANG, 1 Februari 2024 – Hari ini di Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan Mesyuarat Kelestarian Universiti (MKU) kali ke-16.

Beberapa perkara berkaitan agenda kelestarian telah dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

 WhatsApp Image 2024 02 02 at 08.56.24

Di akhir mesyuarat, telah diadakan satu sesi ringkas penyerahan tong kitar semula kepada wakil-wakil jabatan-jabatan tertentu di USM.

Penyerahan ini adalah simbolik kepada usaha berterusan USM dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat terus diutamakan di dalam segala aktiviti yang dijalankan.

Tong-tong tersebut diperbuat daripada bahan yang telah dikitar semula dan sesuai digunakan dalam aktiviti pengasingan bahan terbuang seperti kaca, kertas, aluminium dan juga plastik.

Penyerahan ini adalah usaha dari Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM.

WhatsApp Image 2024 02 01 at 18.06.59

Penyerahan telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran kepada Naib Canselor USM.

Tong-tong tersebut juga diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

Turut hadir dalam sesi ringkas tersebut adalah pegawai-pegawai utama Universiti.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Mohd Fairus Md Isa  

  • Created on .
  • Hits: 182

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024