USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, WALAILAK UNIVERSITY METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

WhatsApp Image 2024 02 07 at 4.46.07 PM

USM PULAU PINANG, 21 Januari 2024 – Satu memorandum persefahaman (MoU) termeterai antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Walailak University (WU) Thailand pada 12 Januari 2024 lalu melibatkan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan School of Science, WU.

MoU ditandatangani oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK), Profesor Dato’ Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah yang mewakili Naib Canselor dan Assistant Professor Dr. Jariya Sakayaroj (Ketua Jabatan Biologi, School of Science) sebagai mewakili Presiden Walailak University.

MoU tersebut menandakan peristiwa penting dalam perjalanan kerjasama akademik dan penyelidikan di antara dua institusi itu.

Kedua-dua USM dan Walailak University telah mendapat pengiktirafan daripada Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 dan menunjukkan kehebatan luar biasa dalam menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

WhatsApp Image 2024 02 07 at 4.46.07 PM1

USM dan Walailak University berkongsi komitmen untuk kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan, dan penglibatan masyarakat.

“Kami di USM optimis untuk membuka ruang kerjasama yang lebih luas dengan Walailak University dan tidak terhad hanya kepada penyelidikan malah melibatkan pertukaran pelajar, mobiliti pelajar dan staf serta pelbagai lagi ruang kerjasama,” kata Dekan PPSK.

Dengan memformalkan kerjasama ini, kedua-dua institusi itu berhasrat untuk mewujudkan platform untuk pertukaran idea, kepakaran, dan sumber yang akan memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti akademik yang lebih luas, baik di peringkat tempatan mahupun global.

WhatsApp Image 2024 02 07 at 4.46.07 PM2

Kerjasama USM dan Walailak University itu akan merangkumi pelbagai disiplin, dan melibatkan projek-projek bersama di lapangan.

Delegasi daripada School of Science, Walailak University yang hadir di majlis terdiri  daripada 7 pensyarah dari pelbagai bidang Biologi.

Teks asal: Siti Aishah Abdul Raffar (PP Sains Kajihayat USM)/Suntingan: Tan Ewe Hoe 

  • Created on .
  • Hits: 176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024