USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITAS MERCU BUANA JAKARTA BARAT, INDONESIA KE USM

WhatsApp Image 2024 01 29 at 1.38.01 PM

USM PULAU PINANG, 29 Januari 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Mercu Buana (UMB), Jakarta Barat, Indonesia bagi lawatan penanda aras (benchmarking) mengenai kedudukan antarabangsa dan akreditasi dengan USM.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Pembelajaran, Dr. Erna Setyani, M.Si, hadir bersama Timbalan Rektor Sumber dan Kewangan, Dr. Rizki Briandana; Dekan Fakulti; dan Pegawai-Pegawai UMB.

Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Persidangan Canselori (CCR), yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie.

WhatsApp Image 2024 01 29 at 1.38.00 PM

Asrul Akmal amat mengalu-alukan kedatangan delegasi UMB dan menghargai usaha murni mereka. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah wakil Pengurusan Tertinggi, Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO), Profesor Dr. Zainovia Lockman.

Lawatan strategik ini antaranya bagi membincangkan berkenaan strategi pengurusan akreditasi dan penarafan antarabangsa yang dilaksanakan oleh USM melalui IPSC sebagai contoh amalan terbaik kepada UMB.

Ini diharap dapat dijadikan panduan dan persediaan menghadapi proses akreditasi yang bakal dilalui oleh UMB terutamanya Penarafan QS World University Rankings dan berkaitan.

Teks: Nurul Huda Abdullah (IPSC)

  • Created on .
  • Hits: 239

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024