USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA USM-RICD BANTU GOLONGAN OKU MASUK TAHUN KE-12

IMG 20240123 WA0035

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Januari 2024 – Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) sekali lagi membawa nama USM ke Thailand bagi menyumbang kepakaran dalam modifikasi kerusi roda golongan OKU di Pattani pada 15 dan 16 Januari lalu.

Program yang dianjurkan bersama Patcharaporn (Tohmina) Ritthidet Foundation ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan antara USM dan Rajanagarindra Institute of Child Development (RICD) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada tahun 2012.

Sebanyak 102 buah kerusi roda yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian golongan OKU dan peralatan perubatan yang bernilai kira-kira RM341,127 telah diserahkan kepada 93 orang OKU daripada pelbagai kategori termasuk 15 kanak-kanak.

IMG 20240123 WA0036

Empat (4) ahli Pasukan Kerusi Roda USM yang diketuai oleh Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan dianggotai oleh Nik Fakhurudin Nik Ali, Mohd Rosdi Ismail, dan Hafizee Hamid berpuas hati dengan khidmat yang disumbangkan dalam membantu golongan OKU meneruskan kelangsungan hidup.

IMG 20240123 WA0037

Majlis Penyerahan Kerusi Roda kepada golongan OKU Selatan Thailand itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, Surasak Phancharoenworakul.

Turut hadir ialah Timbalan Governor, Wilayah Pattani, Sanan Suntimuang; Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Dr. Pechdau Tohmeena; Pengarah ‘Mental Health 12, Ministry of Public Health’, Thailand, Suri Upamon; dan Pengasas Bersama Projek Kerusi Roda RICD, Dr. Samai SirIthongthaworn.

Teks & Foto: Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 188

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024