USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RINTIS 23/24 PELUANG PELAJAR TAHUN AKHIR SENI HALUS PAMER KREATIVITI

WhatsApp Image 2024 01 29 at 12.11.04 PM

USM PULAU PINANG, 29 Januari 2024 – RINTIS 2023/2024 kini kembali lagi dengan penyertaan sejumlah 94 orang pelajar tahun akhir dalam pengkhususan Seni Halus dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) mempamerkan hasil-hasil karya kreatif mereka buat tatapan umum.

Penyertaan pelajar pada RINTIS kali ini telah melibatkan tiga kategori iaitu Reka Bentuk Produk berjumlah 21 orang pelajar, 39 orang dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Media Baru manakala Komunikasi Grafik seramai 34 orang pelajar.

Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Profesor Madya Dr. Serena Abdullah berkata, pameran yang diadakan saban tahun ini menonjolkan nilai kreativiti oleh pengilmuan seni yang ditonjolkan melalui setiap karya oleh para pelajar tahun akhir dalam bidang Reka Bentuk.

WhatsApp Image 2024 01 29 at 12.11.05 PM

“Saya yakin dan percaya RINTIS dapat memberikan inspirasi kepada generasi masa kini yang cintakan bidang seni visual dan memberikan ruang kepada mereka bereksperimentasi dan meluahkan kreativiti,” ucap beliau ketika mewakili Naib Canselor USM merasmikan hari pembukaan pameran RINTIS 2023/2024 di Katasila, Pusat Pengajian Seni, USM.

Tambah beliau, walaupun pelajar-pelajar ini telah menempuh era pandemik dan meluangkan kebanyakan masa pembelajaran dalam talian, mereka tetap berjuang sehingga tahun akhir.

“Saya percaya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuh. Jadi, tahniah buat pelajar-pelajar semua atas kesungguhan dan dedikasi anda dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua,” kata beliau lagi.

RINTIS yang merupakan singkatan bagi ‘Research Innovation Towards Integration and Sustainability’, diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon yang bererti ‘laluan’ atau ‘pelopor” menjadi platform buat pelajar-pelajar seni untuk mempamerkan karya-karya kreatif mereka kepada golongan profesional, industri, dan orang ramai.

Yang turut hadir adalah Pengarah Urusan Kaxprint, Mohd Nazar Yamat selaku antara penaja utama RINTIS 23/24; Timbalan-Timbalan Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Dr. Mohammad Khizal Mohamed Saat dan Dr. Norfarizah Mohd Bakhir; Pengasas RINTIS, Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon; Penasihat Rintis 2023/2024, Dr. Jazmin Mohamad Jaafar; dan Pengarah Projek RINTIS 2023/2024, Bryan Tan Ming Yeong.

WhatsApp Image 2024 01 29 at 12.11.04 PM1   WhatsApp Image 2024 01 29 at 12.11.03 PM

Warga kampus dijemput hadir ke Pusat Pengajian Seni USM, bagi memeriahkan lagi program dan aktiviti yang telah disediakan sehingga esok 30 Januari 2024, termasuk melawat ruang-ruang pameran hasil karya pelajar di beberapa buah lokasi di Pusat Pengajian tersebut.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Faizal Ashraf Ali 

  • Created on .
  • Hits: 203

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024