USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOMITMEN BERTERUSAN JPPF DAN KOORDINASI PUSAT PENGURUSAN BENCANA (PPB) PASTIKAN PERBEKALAN AIR KAMPUS INDUK SEPANJANG KRISIS AIR 3.0

422672856 869545744970054 6405587884903934911 n

USM PULAU PINANG, 26 Januari 2024 – Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USM dengan penyelarasan maklumat oleh Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM tanpa mengira waktu berjaya memastikan terdapat perbekalan air ke tangka-tangki utama desasiswa kampus induk sepanjang krisis air 3.0 Pulau Pinang.

Pemantauan status air di setiap aras bangunan tinggi desasiswa oleh wakil Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) dan penyelarasan maklumat bilangan pelajar yang menghuni desasiswa oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM berjaya mengurus perbekalan air di setiap desasiswa.

422636644 869545658303396 9087805359279122068 n   422570510 869545648303397 6650659354543515456 n

JPPF juga berusaha memastikan agar bekalan air sentiasa mencukupi dengan bekerjasama dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang menggunakan lori tangki jumbo untuk menghantar air.

Pasukan teknikal JPPF juga mengesahkan bahawa semua bacaan meter kawalan bekalan air di semua tangki simpanan air telah menunjukkan bacaan yang positif.

Walaupun pelbagai cabaran teknikal yang terpaksa dihadapi oleh pasukan JPPF, namun semangat dan kerja berpasukan yang ditunjukkan haruslah dipuji.

422614942 869545698303392 5096022173500698117 n   422619618 869545624970066 9154583175153053378 n

Pengurusan tertinggi universiti mengucapkan syabas dan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan antara wakil pengurusan MPD, MPP USM dan pasukan JPPF di sepanjang krisis air 3.0 berlaku ibarat peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Teks: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA/Foto: Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USM

  • Created on .
  • Hits: 159

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024