USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HOSPITAL USM ANJUR BENGKEL KESEDARAN AUDIT

KUBANG KERIAN, KELANTAN 26 Mei 2015– Jawatankuasa MS ISO 9001:2008 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kampus Kesihatan hari ini menganjurkan Bengkel Refresher MS ISO 9001:2008 (Awareness & Internal Audit) kepada juru audit dalaman Hospital USM bagi menambahbaik tahap pengetahuan mengenai ISO 9001:2008.
Bengkel yang dihadiri  90 orang juru audit dalaman Hospital USM itu dikelolakan oleh perunding luar dari SIRIM Berhad, Zainorni Mohd Janis.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Unit Produktiviti dan Kualiti Hospital USM, Junaidah Salleh,  matlamat utama adalah untuk memastikan Juru Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 diberi pendedahan berkaitan perubahan versi MS ISO 9001:2008 serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan juru audit dalam melaksanakan audit dalaman mengikut keperluan Standard MS ISO 9001:2008.
Katanya lagi, bengkel ini penting diadakan bagi memastikan Juru Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 mendapat pendedahan mengenai teknik pengauditan yang baik mengikut keperluan standard dan pada masa yang sama diadakan juga sesi latihan audit dalaman untuk membolehkan para peserta mengaplikasi dari segi teori dan praktikalnya untuk digunakan semasa melakukan audit dalaman nanti.
Teks: Mohamad Iqmal Mathlan
  • Created on .
  • Hits: 708

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024