USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SPIN USM ANJUR MALAM PESTA PERAYAAN AMAL TAHUN BARU CINA 2024; ERATKAN SILATURAHIM ANTARA MAHASISWA/I

WhatsApp Image 2024 01 17 at 10.39.26 PM

USM PULAU PINANG, 17 Januari 2024 - Bersempena dengan Tahun Baru Cina 2024 yang bakal disambut pada bulan Februari tahun ini, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Sekretariat Perpaduan dan Integrasi Nasional (SPIN) hari ini telah mengadakan Malam Pesta Perayaan Amal Tahun Baru Cina 2024 dengan tujuan mengumpulkan dana amal bagi membantu golongan yang memerlukan.

Berlangsung di Dewan Utama Desasiswa (DUD) USM, hadir bagi menyempurnakan majlis adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

WhatsApp Image 2024 01 17 at 10.39.25 PM

Wee Ka Siong dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada SPIN USM kerana berjaya menghidupkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i USM yang bersama-sama melibatkan diri di pesta amal tersebut.

“Penglibatan dalam majlis seperti ini secara tidak langsung membuktikan SPIN USM sebagai sebuah sekretariat yang memupuk semangat perpaduan tidak mengira kaum dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia,” kata Wee Ka Siong.

Harapan Wee Ka Siong adalah agar USM bukan sahaja sebagai Menara Ilmu, tetapi juga pergaulan integrasi nasional dalam kalangan mahasiswa/i dapat meningkatkan mutu akademik dan pergaulan yang berilmiah.

WhatsApp Image 2024 01 17 at 10.39.24 PM

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Samsuddin berkata, program seperti ini adalah penting kepada masyarakat berbilang kaum dalam memahami dan menghargai integrasi nasional.

“Generasi kini mempunyai matlamat jelas untuk menyatukan pelbagai kaum dalam membangunkan negara kita melepasi suatu matlamat yakni untuk martabatkan Malaysia di mata dunia dengan taraf yang baik,” kata Shaharum.

Shaharum berharao agar para pelajar USM dapat meneruskan agenda utama iaitu dengan membangunkan negara dalam membentuk individu yang berdaya maju dan bertanggungjawab.

WhatsApp Image 2024 01 17 at 10.39.24 PM1

Sementara itu, Yang Dipertua Sekretariat Perpaduan Dan Integrasi Nasional merangkap
Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Cheong Guo Bin dalam ucapannya berkata, SPIN USM ditubuhkan dengan tujuan membantu mahasiswa/i mengembangkan kemahiran sosial mereka di samping menggalakkan kerjasama bersama dalam kalangan mahasiswa/i dalam pelbagai bidang.

“SPIN USM bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran dengan memupuk sikap dan nilai-nilai yang positif, yang komited untuk menjalinkan ikatan persahabatan dalam kalangan mahasiswa/i di samping membantu mereka untuk melebarkan rangkaian sosial tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Tambahnya lagi, melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para pelajar dapat bekerjasama dan berkomunikasi untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi interpersonal yang diperlukan demi kerjaya mereka pada masa depan.

Tegasnya lagi, SPIN USM bersedia untuk membimbing semua ahli untuk terus maju dengan meningkatkan keupayaan diri bersama dalam pelbagai bidang.

WhatsApp Image 2024 01 17 at 10.39.24 PM2

Para hadirin turut disajikan dengan pelbagai persembahan berunsur kebudayaan tradisional dan moden yang berunsur Muhibbah dengan mencuri perhatian para tetamu.

Hadir sama adalah Penasihat Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology Cawangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng; Penasihat SPIN USM, Mohd Zuaril Akimi Mohd Shaari; Pengarah Projek Malam Pesta Perayaan Amal Tahun Baru Cina 2024, Kok Kai Chee; pegawai-pegawai utama Universiti dan ahli-ahli jawatankuasa SPIN USM.

WhatsApp Image 2024 01 19 at 10.05.54 1   WhatsApp Image 2024 01 19 at 10.05.54
     
WhatsApp Image 2024 01 19 at 10.05.55   WhatsApp Image 2024 01 19 at 10.05.55 1

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/ Foto Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 344

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024