USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BE A WINNER, SERU NC KEPADA MPP USM 2023/24

USM PULAU PINANG, 15 Januari 2024 - “A winner will always find solution to a problem” kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di Majlis Penyampaian Watikah dan Amanat Naib Canselor USM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sidang Akademik 2023/2024.

WhatsApp Image 2024 01 15 at 16.52.02

Menekankan mandat dan tanggungjawab yang diberikan, beliau menegaskan kepentingan memikul tugas sebagai pemimpin dengan rasa tanggungjawab, etika, dan visi dan misi yang jelas.

Abdul Rahman turut menggesa para MPP untuk mengenepikan perbezaan ideologi dan persengketaan, menggesa usaha kolektif untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan dengan melonjakkan USM ke tahap yang lebih tinggi di persada global.

WhatsApp Image 2024 01 15 at 16.52.00

“Sebagai MPP, adalah penting untuk anda menerapkan toleransi dan berkhidmat sebagai agen yang membawa suara, mahasiswa USM secara menyeluruh dalam memperjuangkan kebajikan, kesejahteraan serta keperluan mereka sepanjang bergelar mahasiswa,” tegasnya lagi.

Beliau juga menyambut baik aspirasi Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi yang menekankan pembinaan kemenjadian tradisi keintelektualan di universiti iaitu melalui pemerkasaan program-program perkaderan kepemimpinan muda (Nurturing Young Leaders).

Sementara itu, Yang di-Pertua MPP USM, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman dalam ucapannya berkata, kebajikan mahasiswa adalah keutamaan MPP yang mana tanggungjawab dan amanah ini bukanlah mudah untuk dipikul tetapi ia menjadi satu perkara mandatori bagi setiap daripada kita sebagai pemimpin pelajar untuk berusaha sehabis baik yang boleh demi menjaga kebajikan mahasiswa USM.

WhatsApp Image 2024 01 15 at 16.52.05 2

WhatsApp Image 2024 01 15 at 16.52.01 1

Menurut Muhammad Nazmi Hakimi, baru-baru ini pihak MPP USM telah menganjurkan Bengkel Kerja Berpasukan dan Perancangan Hala Tuju MPP USM bagi Sidang Akademik 2023/2024 yang bertujuan bagi menetapkan hala tuju MPP pada sidang kali ini, iaitu sebagai menggerakkan langkahan tahun 2024.

“Melalui bengkel tersebut, pihak MPP USM akan memulakan landasan asas yang akan menentukan kejayaan dan keberhasilan gerak kerja yang dilakukan dengan memfokuskan 5 perkara utama iaitu; kebajikan mahasiswa, pemerkasaan atau kemenjadian mahasiswa, penyerlahan bakat, kelestarian varsiti dan memasyarakatkan universiti,” tambahnya lagi.

Hadir sama pada majlis adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Samsuddin; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A. Wahab dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 285

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024