USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPP USM SOKONG HASRAT KPT TINGKATKAN PEMERKASAAN MAHASISWA BERKEMAHIRAN DAN HOLISTIK

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2024 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik 5 fokus utama dan 20 landasan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 dalam meningkatkan keupayaan universiti terutamanya perkara yang berkaitan dengan pemerkasaan mahasiswa.

MPP USM juga menyokong penuh usaha YB Menteri Pendidikan Tinggi memberi naratif baharu untuk memastikan kemenjadian pelajar dan mahasiswa sebagai persediaan untuk merealisasikan hasrat dalam memacu negara sebagai sebuah negara maju.

WhatsApp Image 2024 01 12 at 12.00.41

Maka tidak boleh tidak, kita mesti memastikan bahawa bakat yang kita lahirkan bukan sahaja berpendidikan tinggi, tetapi juga berkemahiran dan holistik.

MPP USM menyokong penuh hasrat YB Menteri untuk membangunkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga merupakan intelek manusiawi, penyelesai permasalahan dan inovator kreatif kepada isu-isu masyarakat.

6ab32496 0487 4fe1 a841 c8d6248c8079

Justeru, sasaran melahirkan pelajar dan mahasiswa “bitara”, dalam erti kata mempunyai sifat dan karakter yang unggul, berketerampilan, kompeten dan progresif.

MPP USM akan bersama-sama memainkan peranan dalam memupuk budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa, membentuk mahasiswa yang bitara dengan sifat dan jati diri yang unggul, berketrampilan, kompeten dan progresif yang diserapkan melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti mahasiswa bertunjang kepada pelbagai isu kelestarian dan kearifan ilmu yang ada, kepelbagaian budaya serta disiplin.

WhatsApp Image 2024 01 12 at 14.16.35

Sekali lagi, MPP USM menyambut baik usaha ini dan sedia bekerjasama untuk bersama-sama universiti dalam memupuk budaya ilmu dan melestarikan jati diri bangsa yang ada selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

“Memartabatkan Mahasiswa, Melestarikan Universiti.”

Teks: Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman (Yang di-Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar USM) Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 222

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024