USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KESIAPSIAGAAN USM HADAPI GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI PULAU PINANG

417199613 858873056037323 1295539122667487294 n

USM PULAU PINANG, 8 Januari 2024 – Bermula tanggal 10 hingga 14 Januari 2024, hampir seluruh negeri Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dua injap kawalan 1,200 mm oleh pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Sebagai langkah persediaan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang turut terkesan, telah menyediakan sebanyak 800 karton air mineral dan 200 baldi yang bakal diagihkan bagi membantu pelajar-pelajar USM yang akan berada di dalam kedua-dua Kampus Induk di Minden dan Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal sepanjang krisis air ini berlaku.

Dalam masa yang sama, Hilmi Elias, Ahli Lembaga Pengarah USAINS Sdn. Bhd. berbesar hati menaja dua (2) buah tangki IBC berkapasiti 1,000 liter untuk membantu USM dalam menjamin keselesaan pelajar.

417222067 858873126037316 4653535563813857420 n

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin hadir menerima sumbangan tersebut sebagai mewakili Naib Canselor USM.

Turut hadir bersama ialah Penyelaras Kampus Sejahtera USM, Ahmad Wafi Sahedan; dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman.

417149955 858873112703984 2560071448913761244 n

Teks: Ahmad Heidey Iskandar Mohd Rayhan, Unit Dasar & Penyampaian Perkhidmatan Pelajar BHEPA/Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 234

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024