USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENERBIT USM MENJUARAI 10 KATEGORI ANUGERAH MAPIM-KPT KE-14

USM PULAU PINANG, 28 Disember 2023 – Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-14 yang baharu berlalu pada 22 Disember 2023 menyaksikan Penerbit USM merangkul kemenangan dalam 10 kategori daripada sejumlah 18 kategori yang dipertandingkan.

WhatsApp Image 2024 01 02 at 11.50.59

Majlis anugerah tersebut yang diadakan di Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr. Azlinda Azman.

Majlis dihadiri oleh lebih 200 tetamu terhormat, termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Pengerusi MAPIM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengarah/Ketua Penerbit, para penerima anugerah, dan wakil-wakil Penerbit yang merupakan aset penting dalam komuniti Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

WhatsApp Image 2024 01 02 at 11.50.59 1

Majlis anugerah tersebut diadakan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang serta menghargai sumbangan penulis, pengkarya dan penggiat dunia penerbitan ilmiah di Malaysia.

Sebanyak 70 Anugerah Utama dan Anugerah Penghargaan dalam 18 kategori yang merangkumi pencapaian pada tahun 2021 dan 2022 telah diumumkan dalam majlis berkenaan.

Penerbit USM merangkul kemenangan dalam 10 kategori seperti berikut:

1) Buku Ilmiah Umum Terbaik (Penghargaan) 2021:  Kemurungan: Terapi dari Sudut Psikiatri dan Spiritual yang ditulis oleh Dr. Mohd Afifuddin Mohamad dan Dr. Mohammad Farris Iman Leong Abdullah.

2) Editor Naskhah Terbaik Kategori S&T (Pemenang Utama) 2021: Noriyanti Jahaya bagi buku Kemahiran Akademik bagi Siswa Kejuruteraan.

3) Editor Naskhah Terbaik Kategori KSS (Penghargaan) 2021: Che Su Yaakub bagi buku Teknik dan Strategi dalam Penyelidikan Kaunseling.

4) Makalah Jurnal Terbaik Kategori S&T (Indeks Antarabangsa) 2021 – Pemenang Utama: Identification of Haptoglobin as a Potential Biomarker in Young Adults with Acute Myocardial Infarction by Proteomic Analysis dalam The Malaysian Journal of Medical Sciences yang ditulis oleh Dr. Norbaiyah Mohamed Bakrim, Dr. Aida Nur Sharini Mohd Shah, Profesor Madya Dr. Norlelawati A Talib, Profesor Dr. Jamalludin Ab Rahman dan Dr. Aszrin Abdullah.

5) Pemasar Terbaik (Pemenang Utama) 2021: Mohd Zaidi Abdullah.

6) Buku Ilmiah Terbaik Kategori S&T (Pemenang Utama) 2022: Traumatic Childbirth: Near Miss and Morbidities yang ditulis oleh Profesor Madya Dr. Norhayati Mohd Noor.

7) Buku Ilmiah Umum Terbaik (Pemenang Utama) 2022: Rawatan Alternatif untuk Kanak-Kanak Autistik yang ditulis oleh Dr. Norfishah Mat Rabi.

8) Editor Naskhah Terbaik Kategori S&T (Pemenang Utama) 2022: Noor Sheela Suratman bagi buku Electronic Devices and Circuits.

9) Editor Naskhah Terbaik Kategori KSS (Penghargaan) 2022: Alimie Liman bagi buku Rawatan Alternatif untuk Kanak-Kanak Autistik.

10) Makalah Jurnal Terbaik Kategori S&T (Indeks Antarabangsa) – Pemenang Penghargaan 2022: Comparison of Esmolol and Dexmedetomidine Infusion in Attenuating Haemodynamic and Blood Glucose Response to Laryngoscopy and Intubation: A Single Blinded Study dalam The Malaysian Journal of Medical Sciences yang ditulis oleh Dr. Vincent Koh, Profesor Madya Dr. Saedah Ali, Dr. Mohamad Hasyizan Hassan, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar, Profesor Madya Dr. Mohd Najib Majdi Yaacob dan Profesor Madya Dr. Mohd Zulfakar Mazlan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan MAPIM atas penganjuran majlis anugerah tersebut yang telah diadakan sejak 2007, sebagai melabuhkan tirainya untuk tahun 2023.

Teks asal & Foto: Penerbit USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 289

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024