USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ADAKAN MESYUARAT BINCANG SIAP SIAGA GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SEMENTARA DI PULAU PINANG

USM PULAU PINANG, 19 Disember 2023 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Air peringkat USM bagi membincangkan gangguan bekalan air berjadual yang akan berlaku pada 10-14 Januari 2024 seperti yang dimaklumkan oleh Perbadanan Bekalan Air, Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2023 12 29 at 11.53.16

Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USM, Ts. Arman Abdul Razak yang menyampaikan pembentangan ringkas telah memaklumkan bahawa USM masih mempunyai simpanan air untuk kegunaan singkat daripada tangki-tangki utamanya di kampus induk, namun kegunaan maksimumnya hanya boleh bertahan selama 36-40 jam dengan mengambil kira faktor populasi di USM.

WhatsApp Image 2023 12 29 at 11.53.16 2

Turut menyampaikan input adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman yang telah mendapatkan soal selidik daripada hampir 5,500 responden dalam kalangan pelajar USM mengenai perkara tersebut.

WhatsApp Image 2023 12 29 at 11.55.05

Bagi mengurangkan populasi semasa ketiadaan air, antara beberapa cadangan yang dimaklumkan ialah memohon agar warga staf dibenarkan bekerja dari rumah manakala pelajar dibenarkan untuk mengikuti kelas secara hibrid atau dalam talian walau di mana saja mereka berada.

Cadangan turut diberikan kepada pengusaha kafe desasiswa agar beroperasi secara berpusat memandangkan terdapat pelajar antarabangsa, Sabah dan Sarawak yang tidak pulang ke kampung masing-masing.

WhatsApp Image 2023 12 29 at 11.53.16 1

Hadir sama semasa sesi perjumpaan tersebut ialah wakil penggawa desasiswa, wakil dari pengusaha kafe desasiswa dan wakil YDP desasiswa.

Terdahulu menerusi kenyataan media, pihak PBA Pulau Pinang mengingatkan warga Pulau Pinang agar dapat mengambil langkah bersedia semasa ketiadaan air bagi membolehkan kerja penggantian dua injap berdiameter 1,200 milimeter (mm) pada saluran paip air terawat utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta paip berhampiran pagar LRA yang bocor. 

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah, Pusat Pembangunan Bakat (TDC), BHEPA/Suntingan & Foto: NirMaryadi Rashid, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 198

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024