USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM ‘IPRMSA NETWORKING & LEADERSHIP’ TINGKAT KEMAHIRAN PERHUBUNGAN AWAM PELAJAR IPT

WhatsApp Image 2023 12 27 at 4.52.46 PM

PULAU PINANG, 18 Disember 2023 – Dalam usaha meningkatkan kemahiran perhubungan awam dalam kalangan pelajar, beberapa universiti tempatan mengikuti satu program ilmiah pada 8-10 Disember 2023 di Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Sembilan (9) institut pengajian tinggi (IPT) terlibat dalam program selama tiga hari dua malam berbentuk kolaborasi tersebut, yang dikenali sebagai Institute of Public Relations Malaysia Student Association (IPRMSA) Networking & Leadership Programme Series II 2023.

IPT yang terlibat terdiri daripada USM; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka; UiTM Kampus Shah Alam, Cawangan Selangor; Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Wollongong Malaysia (UOW); dan Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC).

WhatsApp Image 2023 12 27 at 4.53.39 PM

IPRMSA Networking & Leadership Programme Series II 2023 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pendidikan IPRM yang diketuai Pengarahnya, Profesor Dr. Jamilah Hj Ahmad; APR, FIPR and IPRMSA-USM Chapter yang dipimpin Penasihat Chapter, Dr. Suriati Saad. Kedua-dua Jamilah dan Suriati adalah dari Pusat Pengajian Komunikasi USM.

IPRMSA Networking & Leadership Programme Series II 2023 bertujuan meningkatkan kemahiran perhubungan awam pelajar IPT sekaligus mewujudkan pelapis masa depan dalam bidang perhubungan awam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peserta, antaranya yang membolehkan peserta mencabar diri mereka dalam kemahiran berfikir serta mewujudkan strategi yang lebih kreatif ketika menyelesaikan masalah.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta mengasah bakat mereka untuk menjadi pelatih perhubungan awam profesional.

Secara keseluruhan, matlamat program dicapai yakni menghubungkan peserta bersama organisasi lain sambil mempraktikkan ilmu dan kemahiran perhubungan awam dengan lebih profesional kerana penggunaan teknologi, harapan masyarakat dan medium komunikasi berubah sehingga ia memberi kesan ketara kepada perhubungan awam pada masa hadapan.

WhatsApp Image 2023 12 27 at 4.54.05 PM

Justeru, program sedemikian dapat membantu melahirkan barisan generasi yang dapat meningkatkan piawaian perhubungan awam kelak.

Turut hadir ialah Presiden IPRM, Jaffri Amin Osman yang menggalakkan pengamal industri untuk berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar dan ahli akademik untuk memastikan ekosistem dalam bidang perhubungan awam sentiasa kondusif bagi perkembangan pesat industri ini seiring dengan kerelevanan dan trend semasa.

WhatsApp Image 2023 12 27 at 4.54.46 PM

Kemunculan Industri 4.0 serta teknologi komunikasi baharu seperti media sosial dan data raya (big data) memerlukan pengamal perhubungan awam yang kreatif dan inovatif, mahir dalam penulisan, cakna terhadap yang mana berita palsu dan yang mana bukan, selain bekerja secara berpasukan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

WhatsApp Image 2023 12 27 at 4.55.18 PM

  • Created on .
  • Hits: 238

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024