USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TERIMA KASIH TUAN PENDAFTAR, JASAMU SENTIASA DIKENANG

USM PULAU PINANG, 21 Disember 2023 - Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Dr. Musa Ali hari ini telah mengadakan lawatan singkat bertemu staf di pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) USM bersempena dengan hari terakhirnya di USM.

WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31 2

Dalam pertemuan ringkas itu, Musa Ali berterima kasih kepada semua staf-staf di PTJ atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya di USM.

Beliau secara khusus mengungkapkan penghargaan kepada setiap individu di PTJ atas dedikasi dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas masing-masing.

WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31 1

“Saya berharap agar semangat kerjasama yang kukuh ini dapat terus berkembang dalam kalangan staf USM untuk kejayaan institusi ini,” katanya.

Dalam lawatan singkat dan santai itu, staf Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) dan artis Dewan Budaya USM meraikan Musa Ali dengan persembahan istimewa sebagai menghargai segala sumbangan beliau selama ini.

WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31 3

Musa Ali turut mendendangkan dua buah lagu sebagai sebahagian daripada pengalaman perpisahan itu.

WhatsApp Image 2023 12 21 at 14.46.28

Seluruh warga USM mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan budi yang ditabur serta mendoakan agar Musa Ali dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31 4

WhatsApp Image 2023 12 21 at 16.37.31 5

Hadir sama adalah isteri beliau, Datin Zurida Aziz serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Faizal Ashraf Ali

  • Created on .
  • Hits: 283

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024