USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SESI TEMU MESRA TNC HEPA YANG BAHARU DILANTIK BERSAMA WARGA BHEPA USM

406123829 836999811557981 5654355249816412200 n

USM PULAU PINANG, 1 Disember 2023 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) yang baharu dilantik, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin meluangkan masa dalam satu sesi temu mesra bersama warga BHEPA hari ini bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS 1).

Dalam sesi perjumpaan hari pertama sebagai TNC HEPA yang baharu, beliau mengharapkan kesemua staf dapat melakukan yang terbaik dan bekerja dengan seikhlas hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

406242746 836999704891325 8297123686892157953 n

Beliau juga menyatakan bahawa kegembiraan dalam melaksanakan tugas adalah menjadi satu keutamaan dan meminta warga BHEPA melihat keberadaan sesama mereka agar segala kesulitan dalam bekerja dapat ditangani.

"Warisi dan teruskan kecemerlangan TNC HEPA yang terdahulu serta berjuang untuk memperkasakan mahasiswa USM iaitu 'menghakupayakan' mahasiswa agar kebolehan mereka dalam mengasah idea dan kreativiti menjadi konsep penting dapat direalisasikan," ujarnya lagi.

Shaharum turut bertemu mesra pada sesi pengenalan bersama ketua-ketua sektor/unit BHEPA bagi ketiga-tiga kampus USM pada pagi tadi di Bangunan Pentadbiran BHEPA H20.

Teks/Foto: NirMaryadi Rashid & Muhammad Fikri, Unit Media dan Dokumentasi BHEPA

  • Created on .
  • Hits: 641

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024