USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAKSANAAN SISTEM PERGERAKAN GRADUAN USM (USMCRC) DAN TEKNOLOGI RFID BAHARU SEMPENA UPACARA KONVOKESYEN KE-61 USM

Sejak tahun 2011, proses penganugerahan ijazah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaksanakan menggunakan Sistem Pergerakan Graduan USM (USM Convocation Roll Call System - USMCRC) yang telah dibangunkan secara in-house oleh pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan diintegrasikan dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID).

Sistem dan teknologi ini berfungsi mengawal pergerakan graduan semasa menerima ijazah di atas pentas.

Sistem utama USMCRC berfungsi mengawal tiga bahagian iaitu menerima data dari perakam RFID, paparan nama untuk bacaan Dekan, dan paparan skrin yang diintegrasikan bersama paparan video oleh PTPM.

Picture 1   Picture 2

Selain sistem utama tersebut, Sistem USMCRC juga mempunyai sistem-sistem sampingan yang diperlukan untuk membantu persediaan Unit Peperiksaan dan Pengijazahan sebelum upacara konvokesyen.

Terdapat sistem yang digunakan untuk menyemak/mengesahkan data graduan sebelum graduan dibenarkan melalui sistem utama.

Picture 3   Picture 4

Data dirakam menggunakan teknologi perakam RFID dan memaparkan data untuk disemak oleh graduan.

Selain itu, terdapat sistem untuk melaksanakan proses pemadanan kad ID RFID dengan data graduan dalam pangkalan data.

Sistem ini digunakan untuk merekodkan data graduan ke dalam kad ID RFID sebelum diserahkan kepada graduan.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa, Sistem USMCRC versi baharu telah dibangunkan semula secara in-house oleh pihak PPKT untuk menggantikan versi lama pada Upacara Konvokesyen ke-61 bagi tahun 2023.

Sistem USMCRC versi lama sebelum ini telah dibangunkan menggunakan perisian yang sudah tiada lagi perbekalan oleh pihak PPKT dan tidak lagi disokong oleh update terkini.

Terdapat juga banyak kekangan pada perisian tersebut yang membawa kepada perlunya perubahan kepada platform lain.

Sistem USMCRC versi baharu ini menggunakan teknologi pembangunan perisian sistem yang baharu dengan penambahan ciri-ciri tambahan.

Perolehan peralatan RFID baharu juga telah dibuat bagi menggantikan peralatan RFID yang lama.

Sumber teks: Adnan Hamid, Pegawai Teknologi Maklumat, PPKT

  • Created on .
  • Hits: 247

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024