USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA DEBAT STATISTIK ANTARA IPT SIRI KE-2 TAHUN 2023

debat statistik

SABAK BERNAM, 20 Oktober 2023 – Kelab Debat Universiti Sains Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Statistik Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Siri Ke-2 Tahun 2023 menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pertandingan sengit malam semalam.

Pusingan awal pertandingan yang berlangsung di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai, Perak pada 6 hingga 8 Oktober 2023 telah menyaksikan penyertaan 14 pasukan debat daripada IPT yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertandingan Debat Statistik Antara IPT Siri Ke-2 pada tahun 2023 ini dijayakan dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Program tersebut bersempena Sambutan Hari Statistik Negara (MyStats Day) yang diadakan setiap 20 Oktober pada setiap tahun.

Pertandingan tersebut bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu berkaitan pasaran buruh melalui penyampaian hujah-hujah secara rasional, penganalisisan data dan fakta sekaligus meningkatkan literasi statistik dan penggunaan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM.

Teks: Nor Aza Abd Aziz, Sektor Kebudayaan dan Kesukarelawanan, Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA USM/ Disediakan oleh: Unit Media dan Dokumentasi, BHEPA USM 

  • Created on .
  • Hits: 261

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024