USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LAWATAN DELEGASI ARAB SAUDI PERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN USM

image3

PULAU PINANG, 19 Mei 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari kedutaan Arab Saudi di Bilik Persidangan Canselori USM.

Omar berkata, beliau amat berbesar hati menerima kedatangan dari kedutaan Arab Saudi untuk menjalinkan peluang kerjasama serta membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan pelajar dari Arab Saudi yang belajar di USM.

IMG 0024fgh

"Saya berharap melalui lawatan ini perhubungan di antara dua buah negara ini akan diperkukuhkan lagi dan lebih banyak kerjasama penyelidikan bersama dapat diinisiatifkan pada masa yang akan datang," kata Omar dalam ucapan aluannya pada majlis perjumpaan dan sesi dialog antara kedua-dua pihak.

Delegasi Arab Saudi ini diwakili oleh Penasihat Akademik Saudi Cultural Mission, Yassin Madani Abdul Alkadir dan Timbalan Penasihat Akademik, Dr Hashem Hussein Al Attas.

Dalam ucapan balas, Yasin Madani mengharapkan usahasama dan lawatan yang terjalin akan membolehkan kedua-dua belah pihak dapat berkongsi dan menjalin kerjasama di antara pelajar Arab Saudi di USM dalam pelbagai bidang penyelidikan.

"Kami mengenali USM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang ulung di Malaysia. Kami berharap USM dapat memberi peluang kepada pelajar Arab Saudi yang sedang menuntut di USM untuk menjalankan penyelidikan yang dapat memberi memberi impak kepada mereka apabila tamat belajar kelak," ujarnya.

Turut hadir dalam sesi dialog ini Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustafa Kamal.

IMG 0026fgh

Menurut Ahmad Shukri, turut dibincangkan ialah berkenaan hal ehwal pelajar Arab Saudi yang sedang belajar di USM termasuk keselesaan tempat tinggal, suasana pembelajaran dan kelancaran proses pembelajaran sehingga mereka tamat pengajian.

"Di USM, pihak Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa sentiasa memantau pelajar-pelajar antarabangsa yang mempunyai masalah selain membantu mereka seboleh yang mungkin supaya mereka berasa selesa belajar di USM dan mampu menamatkan pembelajaran dengan cemerlang," tambah Ahmad Shukri lagi.

USM mempunyai kira-kira 60 orang pelajar dari Arab Saudi di peringkat Ijazah pertama dan Ijazah Tinggi dalam pelbagai bidang di USM.

Turut hadir menyambut dan mengadakan perbincangan dengan delegasi Arab Saudi itu ialah Dekan-dekan Pusat Pengajian USM dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi universiti. – Teks: Syuhada Abdul Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1268

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024