USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JURURAWAT PERLU BERSIFAT DINAMIK

KUBANG KERIAN, 18 Mei 2015 - Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dan bidang perubatan yang sentiasa berkembang, jururawat perlu mengadaptasi diri mereka agar mampu bersaing pada masa hadapan yang bertepatan dengan tema Sambutan Hari Jururawat 'Nurse: A Force For Change: Care Effective, Cost Effective'.

Demikian kata Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur merasmikan  Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital USM yang diadakan pagi ini, di Auditorium Pentadbiran Hospital USM.

Tambah Mustafa, dalam memenuhi piawaian sebuah negara maju, setiap jururawat perlu bersedia melakukan penambahbaikan serta peningkatan dalam pembangunan kerjaya selaras dengan era globalisasi.

"Bagi mencapai hasrat ini, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan bersikap sentiasa ingin berusaha meningkatkan ilmu dalam memainkan peranan dengan cekap dan berkesan kerana dengan usaha sedemikian, akan memberikan nilai tambah kepada usaha yang dibuat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga untuk institusi dan masyarakat seluruhnya," katanya.

Majlis turut diserikan dengan paluan gendang cina, bacaan ikrar dan persembahan kumpulan koir oleh Kumpulan Koir Unit Kejururawatan Hospital USM.

Turut hadir adalah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Marfauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Adam Husein dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria. - Teks: Mohd Hafiz Yaacob & Muhd Zulkifli Zakaria/Foto: Wan Ahmad Nizamuddin Wan Mohd Sukri

  • Created on .
  • Hits: 1007

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024