USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HASILKAN PENGURUSAN PROJEK YANG LEBIH BAIK, KATA NC

PULAU PINANG, 11 Mei 2015 – Pengurusan Projek dalam kalangan negara-negara ASEAN diharapkan akan menjadi lebih baik hasil kerjasama Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) Universiti Sains Malaysia (USM), Asian Development Bank (ADB), Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). 

Demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr Omar Osman ketika menutup Regional Training on Project Management yang mengumpulkan 24 orang peserta daripada lima buah negara ASEAN iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Filipina. 

"Hasil daripada latihan lima hari secara intensif ini diharapkan juga  dapat dimanfaatkan oleh semua yang terlibat untuk menggunakan  pendekatan pengurusan projek berasaskan hasil atau 'results-based' yang diintegarasi bersama-sama," tambah Naib Canselor yang juga mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Projek. 

Menurut peserta dari Brunei Darussalam Ai Ching Sia,  latihan sebegini dapat memberikan lebih pemahaman mengenai pengurusan projek dan segala proses yang terlibat bermula dengan pembangunan projek sehingga ke proses pemantauan setiap projek yang dilaksanakan. 

Hal ini turut diakui oleh peserta dari Thailand Wariya Pisuchpen yang memberitahu mereka selama ini hanya bergantung kepada Balance Score Card berbanding dengan teknik-teknik lain dalam pengurusan dan pemantauan projek. 

"Melalui latihan ini banyak cara lain yang kami pelajari dan diharap kami boleh aplikasikan di negara masing-masing," tambah Wariya. 

Latihan dikendalikan oleh Principal Regional Specialist ADB, Alfredo  Perdiguero, Timbalan Pengarah IMT-GT serta Ketua BIMP-EAGA Susanna Chew. 

Menurut Alfredo peserta program latihan ini telah berjaya berkongsi pelbagai maklumat dan informasi dalam kalangan mereka  untuk dimanfaatkan bersama. 

"Setiap kumpulan yang dianggotai oleh pelbagai negara telah berjaya menghasilkan kertas konsep untuk kegunaan masing-masong dan penghasilkan projek untuk semua negara dengan menggunakan pelbagai metodologi," ujar Alfredo ketika menyampaikan kesimpulan mengenai Regional Training ini. 

Turut hadir di majlis penutup tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr Muhamad Jantan, Pengarah PiPPA, Dr Musa Ali dan Timbalan Pengarah PiPPA Profesor Madya Dr Mohd Rodzi Ismail. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Ahmad Zulman Mohd Zain 

  • Created on .
  • Hits: 1095

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024