USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

APRISIASI BUDAYA DAN KESENIAN TARIK MINAT PELAJAR KEJURUTERAAN

MAKKIs DSC0116

NIBONG TEBAL, 9 Mei 2015 – Muzik itu halal selagi tiada unsur haram di dalamnya dan kini lagu-lagu ketuhanan tidak lagi tersekat dengan melodi yang sama malah terus diterima pelbagai golongan masyarakat kini.

Bertitik tolak daripada itu, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Malam Aprisiasi Kebudayaan & Kesenian Islam (MAKKIs) 2015 di sini semalam.

MAKKIs DSC0133

MAKKIs DSC0109

MAKKIs DSC0089



Menurut Penasihat Program, Ustaz Mohd Mohsin Sirun, tujuan program diadakan adalah untuk menyampaikan mesej kepada mahasiswa bahawa Islam tidak menghalang hiburan selagi ia berpandukan kepada syaraq.

“Kita ingin mengajak mahasiswa menemui fitrah yang sebenar iaitu fitrah manusia yang ingin kepada perkara yang baik dan hiburan itu adalah merupakan satu fitrah manusia,” kata Mohsin ketika ditemui sebelum majlis bermula.

“Sebenarnya lagu ketuhanan atau nasyid membawa kepada fitrah manusia yang semula jadi berbanding dengan lagu-lagu yang melalaikan,” kata Mohsin lagi.

MAKKIs DSC0145

MAKKIs DSC0197k

Mohsin berharap seni dan hiburan seperti ini dapat memberi ketenangan mereka yang menghadapi tekanan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Antara  yang mengadakan persembahan ialah kumpulan  Farhan yang terdiri daripada sembilan orang ahli dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan ditubuhkan sejak beberapa generasi sebelum ini yang turut  disertai oleh seorang pelajar Ijazah Tinggi, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang berasal dari negara Syria.

Pelajar yang lebih dikenali dengan panggilan Maher Zain Malaysia bukan sahaja mempunyai bakat besar dalam mendendangkan lagu-lagu ketuhanan malah petah berbahasa Melayu dan turut disenangi rakan-rakan seperjuangan.

Turut menampilkan persembahan ialah kumpulan  Zulfan yang sempat mendendangkan tiga buah lagu dan kumpulan UNIC yang dianggotai oleh Bazli Hazwan Che Osman dan Fakhrul Radhi tampil dengan penyanyi undangan mereka iaitu Imam Muda Najdi berjaya menghangatkan persembahan nasyid pada malam itu sambil menyampaikan dakwah dan mesej-mesej yang sangat berguna kepada mahasiswa dan penonton yang hadir.

MAKKIs 2015 yang berlangsung di Dewan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA) diakhiri dengan selawat (Yahana) secara beramai bersama penonton dan dipimpin oleh kumpulan UNIC.

Turut diadakan ialah bazar jualan amal oleh persatuan pelajar dan staf bagi memberi peluang kepada mereka untuk menambah dana dalam menggerakkan persatuan serta pendapatan masing-masing. - Teks: Mohd Kamil Ashar/Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin

  • Created on .
  • Hits: 1540

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024