USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INFRASTRUKTUR SUKAN USM BERTARAF ANTARABANGSA

 DSC6542fg

PULAU PINANG, 10 Mei 2015 - Kecemerlangan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penganjuran pelbagai kejohanan sukan antarabangsa membuktikan infrastruktur dan kemudahan sukannya berada pada kelas tersendiri.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Omar Osman berkata, pembangunan sukan USM dalam segenap aspek sentiasa dititik berat dalam memenuhi aspirasi universiti mencapai kecemerlangan bidang tersebut.

 DSC6570

"Saya amat berpuas hati dengan peranan dan kerjasama semua pihak dalam memenuhi hasrat universiti bagi meletakkan sukan sebagai agenda utama pembangunan universiti," katanya.

Jelas Omar, kejayaan sukan USM dijangka bertambah dengan terbinanya Kompleks Sukan USM-Azman Hashim yang dijangka dapat digunakan secara rasmi bagi sukan 'indoor' pada Oktober ini.

 DSC6565dfh

 DSC6575dfg

"Pada ketika itu, kesemua kejohanan gelanggang tertutup dapat dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata beliau ketika berucap menutup Temasya Olahraga Tahunan USM (TOT) ke-41 di Stadium Olahraga hari ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah isteri Naib Canselor, Datin Noraizan Jamaludin, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan isteri, pegawai-pegawai utama universiti dan wakil-wakil penaja.

Tambah Omar pada tahun ini USM akan melaksanakan penaiktarafan pemasangan padang "turf" baru Stadium Hoki sempena penganjuran Pesta Hoki USM-International 2015 ke-42.

 DSC6595dg

TOT Ke-41 memperlihatkan Kontingen Desasiswa Jaya mengungguli kategori lelaki daripada 17 kontingen bertanding dengan 6 emas, 5 perak dan 2 gangsa.

Manakala kategori wanita dimenangi kontingen Desasiswa Cahaya Gemilang dengan pungutan pingat 5 emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Bagi kategori veteran, Staf Induk berjaya mengungguli takhta dengan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

 DSC6661ghj

 DSC6666gyu

Olahragawan temasya kali ini disandang oleh Wah Zhi Xuan dari Desasiswa yang berjaya memperbaharui rekod acara 400 meter (51.4 saat) dengan catatan 50.0 saat, selain menjuarai 4x100 meter dan 4x400 meter.

 DSC6676erty

Low Sze Houng dari Desasiswa Cahaya Gemilang pula merangkul Olahragawati dengan memperoleh tiga emas dalam acara Lompat Jauh, Lompat Kijang dan 4x100 meter. - Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/ Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1293

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024