USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU PERKASA BAKAT PELAJAR

PULAU PINANG, 10 Mei 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkasa bakat dan kreativiti para pelajarnya dengan memberi peluang kepada mereka berinovasi dalam  merancang dan melaksanakan seluruhnya sesuatu program seperti yang terserlah dalam acara tahunan Persatuan Bahasa Tionghua,  Siri Persembahan Pentas  "Les Mémoires" di Dewan Budaya, semalam dengan mendapat sambutan  lebih 1,000 orang penonton yang memenuhi ruang dewan seawal jam 6.00 petang yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Profesor Dato' Dr. See Ching Mey.

Dalam ucapannya, Susie See menyarankan agar semua pelajar tidak mengira kaum dapat mempelajari bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa lain dalam menghayati dan meraikan kepelbagaian budaya di negara ini.

"Persatuan Bahasa Tionghua telah berusaha untuk menyediakan satu platform untuk peserta melibatkan diri dalam persembahan pentas yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan dan berharap dalam konteks negara yang harmoni semua pihak mesti bekerjasama dan berkorban untuk memastikan impian yang ada akan tercapai dan mengelakkan melakukan perkara-perkara negatif yang merosakkan apa yang dinikmati selama ini," kata Susie See.

Beliau menyeru agar program ini diteruskan lagi pada masa hadapan untik mempamerkan kebolehan para pelajar USM dalam usaha mempromosikan dan mempertahankan kepelbagaian budaya yang mempunyai keunikan sendiri untuk diwarisi dari generasi ke generasi agar tidak akan pupus ditelan zaman.

Tema "Les Mémoires" ini dipilih sebagai genre persembahan yang merangkumi drama, lagu serta tarian untuk mempersembahkan tentang pengalaman kehidupan di universiti. - Teks: Siti Naquiah Abdillah/Suntingan: Mohamad Abdullah/Foto: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 984

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024