USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG RANGKUL PIALA TIMBALAN MENTERI MESTECC

debat5

PULAU PINANG, 21 Julai 2019 – Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) muncul johan Pertandingan Debat Sains, Teknologi dan Inovasi (DeSTI 2.0) Piala Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini baru-baru ini.

debat1

Kemenangan itu melayakkan Maahad berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,000 beserta piala pusingan dan sijil dalam pertandingan akhir yang mempertemukan mereka dengan kumpulan kerajaan, Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS).

debat4

Selaku Naib Johan, ASIS pula menerima wang tunai berjumlah RM2,000 beserta piala dan sijil.

Dalam pertandingan debat yang mengetengahkan usul Kita Sudah Serius Dalam Menangani Krisis Sisa Buangan Rentas Sempadan itu, ASIS bertindak sebagai pasukan kerajaan manakala MTNP sebagai pembangkang.

debat7

Pendebat ASIS, Yap Quan Loke pula diumumkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan DeSTI 2.0 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM250 beserta piala dan sijil. Hadiah pertandingan anjuran USM dengan sokongan penuh MESTECC itu disampaikan oleh Timbalan Menterinya, Puan Isnaraissah Munirah Majilis.

Isnaraissah dalam ucapannya berkata, tema pertandingan debat pada kali ini adalah Sains, Teknologi dan Inovasi atau STI amat bertepatan dengan agenda terkini MESTECC iaitu untuk meningkatkan kesedaran dan membudayakan STI dalam kalangan rakyat Malaysia.

debat8

“MESTECC akan sentiasa menyokong penuh program-program yang mampu memberi impak terhadap pembangunan pelajar di Universiti ini. Semoga kemenangan ini dapat dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan agenda STI di peringkat negara,” ujarnya.

debat3 edited

Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, tujuan utama pertandingan debat ini adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar khususnya mengenai sains, teknologi dan inovasi di samping mencungkil potensi dan bakat terpendam mereka.

Malah katanya, pertandingan debat juga dapat membentuk budaya berfikir dan membahaskan pandangan dalam kalangan para pelajar.

“Kita juga mahu pertandingan ini menjadi medan kepada para peserta untuk mengasah bakat dalam seni perdebatan, mengambil peluang untuk belajar dan memahirkan diri agar dapat menjadi generasi mahasiswa yang mempunyai kredibiliti yang mantap,” katanya.

debat9

Dalam pada itu, turut hadir ke DeSTI 2.0 ialah Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti, Profesor Madya Dr Zulnaidi Yaacob; Pengarah Projek, Nurul Ashikin Ahmad Tarmizi dan Pegawai-pegawai Utama Universiti.

Teks: Nurul Huda Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 2035

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024