USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DIIKTIRAF PENERIMA M.I.T IAWARD 2012

DSC 0045

PULAU PINANG, 18 Jan.2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih sebagai penerima Malaysia-Indonesia-Thailand Internationalisation iAward (M.I.T) oleh SEAMEO, Regional Centre for Higher Education and Development (RIHED) yang berpusat di Thailand.

Pemilihan USM sebagai penerima anugerah tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang dibuat pihak SEAMEO RIHED kepada Naib Canselor, Prof. Dato’ Omar Osman di sini baru-baru ini.

USM terpilih melalui Pejabat Antarabangsa berdasarkan kecemerlangan dan amalan baik yang ditunjukkan khususnya dalam pengurusan hal ehwal pelajar antarabangsa, menambah baik dan meningkatkan kemudahan serta menggalakkan mobiliti pelajar di peringkat serantau.

Dalam kenyataan itu, Pengarah SEAMEO RIHED, Prof. Madya Dr. Sauwakon Ratanawijitrasin berkata, M.I.T iAward diperkenalkan bukan sahaja untuk menambahbaik kelestarian program mobiliti pelajar, sebaliknya turut membuka peluang perluasan jaringan kerjasama pejabat-pejabat antarabangsa di rantau ini.

IMG-20130320-WA0019

Katanya, pejabat antarabangsa disifatkan sebagai penggerak utama dalam meningkatkan reputasi institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam meningkatkan dan memperluas peluang pendidikan yang merentasi sempadan global.

``Setiap IPT berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan tahap kompetensi pelajar melalui program-program yang disediakan, selain turut menambahbaik kemampuan pelajar mengadaptasi pengalaman mobiliti dalam kehidupan mereka pada masa depan,’’ ujarnya.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan bersempena 47th SEAMEO Council Conference yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam, Mac depan. Teks: Marziana Mohamed Alias

 

 

  • Created on .
  • Hits: 4784

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024