XU YANG JOHAN PABM 2018 KATEGORI PELAJAR ANTARABANGSA

TDHGHYGFT

KUALA NERUS, 9 Disember 2018 – Kepetahan berbahasa Melayu membawa tuah dan satu kejayaan manis telah terukir buat Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini apabila pelajar Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) menjadi Johan dalam Pertandingan Akhir Pidato Antarabanga Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018 bagi kategori Pelajar Antarabangsa.

Xu Yang atau dikenali Izzah berasal dari Guangdong Foreign Studies University, China telah mengukir kejayaan ini dan membawa pulang piala serta wang tunai RM10,000.

Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan dihadiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Mohd Ghazali Abas; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

gfhjgfj

Warga PPIK USM dalam laman media sosialnya menyatakan perasaan bangga mereka ke atas kejayaan ini dan juga kepada pelatih dan mereka yang terlibat dalam memastikan kejayaan Izzah yang mengharumkan nama dua buah universiti dari dua negara iaitu China dan Malaysia.

Pertandingan berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu dan seramai sembilan orang peserta dari lapan buah negara berentap di pertandingan akhir.

PABM 2018 menerima 50 penyertaan dari 31 negara.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015