USM JOHAN LELAKI DAN WANITA KATEGORI IPT DI PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KE-45

hjcgfc

USM, PULAU PINANG, 3 Disember 2018 – Pasukan Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibarisi pelajar telah menunjukkan taring mereka apabila membolot hadiah utama kategori Institusi Pendidikan Tinggi  (IPT) sempena Pesta Hoki USM-Penang International ke-45 kelmarin. 

Turut membanggakan, kejayaan ini diraih berganda apabila kategori lelaki dan wanita yang menjadi johan, dan para pemain berasal dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan; Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan; Pusat Pengajian Sains Fizik; Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan; dan Pusat Pengajian Teknologi Industri.

Dalam perlawanan akhir untuk kedua-dua kategori, bagi Wanita IPT, USM Alfa berjaya menjinakkan UNIMAP C dengan keputusan 2-0 manakala bagi Lelaki IPT, USM A mudah mengatasi UTHM A dengan jaringan 1-0.

Melalui kejayaan ini, mereka membawa pulang piala, pingat dan wang tunai berjumlah RM1,000. Hadiah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed.

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan USM, Mohd Rodzuan Yahya, persiapan rapi dibuat melibatkan latihan berterusan sejak awal semester dan skuad turut diperkuatkan dengan kemasukan atlet baru menerusi program warga sukan sidang akademik 2018/19.

Tambahnya, yang menggembirakan ialah buat pertama kali USM menjadi Johan kategorI IPT, dan berbekalkan pendedahan dan pengalaman beraksi di liga hoki Pulau Pinang 2018 yang mana USM muncul sebagai Naib Johan, juga membantu pemain-pemain dari segi persiapan fizikal dan mental.

“Pihak kami akan membuat perancangan masa hadapan bagi kedua-dua pasukan dengan mengadakan latihan berterusan untuk menggilap bakat sedia ada untuk terus berjaya dalam kejohanan sukan MASUM dan kejohanan-kejohanan terbuka lain,” ujarnya.

Pesta Hoki USM-Penang International pada tahun ini berlangsung dari 30 November - 2 Disember 2018 di USM Kampus Induk.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015