USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GHEF 6.0 PLATFORM DISKUSI SEMASA TOPIK PENDIDIKAN TINGGI

ghef1

PUTRAJAYA, 9 Okt. 2018 - Forum Pendidikan Tinggi Global (GHEF 6.0) yang masuk edisi keenam penganjurannya semakin mendapat perhatian dengan penglibatan lebih 400 peserta daripada 25 negara termasuk United Kingdom, Australia, Jepun, China, Hong Kong dan sebagainya.

Dengan bertemakan 'Berkembang Maju untuk Pengetahuan, Industri dan Kemanusiaan dalam Ekosistem Pendidikan Tinggi yang Dinamik', forum ini membariskan pembentang ucaptama terkemuka seperti Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Profesor Johan Saravanamuttu, Lauritz B. Holm-Nielsen, Gerard A. Postiglione dan ramai lagi.

QK4A2854

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Profesor Dr. Noor Azizi Ismail berkata, pihak kementerian amat komited kepada perubahan ekosistem yang dinamik, efektif dan lestari bagi memacu daya saing pendidikan tinggi yang kompetetif dan relevan.

"Kementerian Pendidikan Malaysia sedang giat memainkan peranan bagi menghadapi cabaran besar yang berkait secara langsung sistem pendidikan tinggi di negara ini.

"Justeru, GHEF adalah platform terbaik untuk mendapat input berkaitan ke arah memperkasa kualiti dan landskap pendidikan tinggi bertaraf global prominence," ujarnya.

QK4A2864

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Pendidikan Malaysia dalam perasmian GHEF 6.0 di sini hari ini. Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib-naib Canselor Universiti Awam serta warga pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara.

QK4A2865

Dalam pada itu, GHEF 6.0 turut berperanan untuk para peserta berkongsi pengalaman mengenai isu semasa dan perkembangan ekosistem pendidikan tinggi yang perlu dinamik dalam menghadapi cabaran-cabaran yang wujud dalam persekitaran global.

Forum berkenaan adalah anjuran bersama KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, USM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, HEAD Foundation dan Higher Education Research Association.

QK4A2962

Dua buah buku baru turut dilancarkan dalam majlis berkenaan, masing-masing bertajuk Higher Education in Malaysia: A Critical Review of the Past and Present for the Future dan Academia and Communities: Engaging for Change.

Teks: Marziana Mohamed Alias 

 

  • Created on .
  • Hits: 1663

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024