USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAHNIAH SEMUA PELAJAR PROGRAM PRA-U YANG BERJAYA KE USM

42834680 1971924112868612 4794338298782810112 n

PULAU PINANG, 2 Oktober 2018 – “Saya bagi pihak seluruh pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua pelajar Program Pra-U dari Kolej MARA Kulim (KMK) yang berjaya melanjutkan pengajian di sini dalam pelbagai bidang pengajian,” kata Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah ketika meraikan pelajar-pelajar ini dalam satu majlis penghargaan baru-baru ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MARA yang telah memberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan dan memperkasakan pendidikan melalui kolaborasi ini,” tambahnya.

“Saya juga berharap kerjasama ini dapat dijalinkan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan dengan menaja pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran,” kata Ahmad Farhan.

Seramai 82 pelajar (37%) daripada jumlah keseluruhan 221 pelajar KMK dapat melanjutkan pengajian di USM dan dari jumlah tersebut, seramai 25% telah berjaya melanjutkan pengajian di Kampus Induk dan 12% di Kampus Kejuruteraan USM pada Sidang Akademik 2018/19.

Secara keseluruhannya, seramai 55 pelajar iaitu 25% akan mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi,  manakala 27 pelajar (12%) dalam bidang teknikal.

“Tahniah sekali lagi kerana telah berjaya berada di sebuah Universiti yang menerajui Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) dan merupakan antara Universiti Penyelidikan yang tersohor di rantau ini.

“Jadikan bidang pengajian ini sebagai satu pembelajaran yang dapat membentuk pelajar yang kompeten dan mempunyai kemahiran selari dengan perubahan dunia pekerjaan sekarang yang lebih menekankan kompetensi (competency) dan kemahiran (skill),” tambahnya lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah KMK, Zolhamidy Che An; Dekan-dekan dan pengerusi rancangan serta Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Noriah Mohamad.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1209

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024