USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERASMIAN BULAN KEUSAHAWANAN SISWA 2018 MERIAH SEKALI

gfhgff

PULAU PINANG, 1 Oktober 2018 – Bulan Oktober dipilih sebagai Bulan Keusahawanan Siswa bermula tahun lalu dan pada tahun ini, majlis pelancaran bulan  tersebut telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan berlangsung dengan meriahnya serta dihadiri lebih 1,500 tetamu.

“Program yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun merupakan antara usaha Kementerian untuk menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dan menyuntik  ciri-ciri keusahawanan di dalam seluruh ekosistem Institut Pendidikan Tinggi (IPT) negara kita,” kata Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dato’ Kamel Mohamed mewakili Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merasmikan Bulan Keusahawanan.

gfff

“Saya percaya dengan perancangan dan pelaksanaan yang teratur, program ini akan memberikan impak yang tinggi dan menyumbang kepada peningkatan pelajar yang menceburi bidang perniagaan sama ada semasa pengajian mahupun selepas menamatkan pengajian,” tambahnya.

Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Menyemarakkan Bakat Keusahawanan’ atau Enlightening Entrepreneurial Talent dan ianya adalah kesinambungan kepada tema pada tahun lalu iaitu Ignite Your Entrepreneurial Passion yang bertepatan dengan aspirasi KPM untuk melahirkan seramai mungkin bakat-bakat muda yang menceburi bidang keusahawanan.

hjty

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, langkah mewujudkan Pusat Keusahawanan atau juga dikenali sebagai EpiC@USM adalah langkah kritikal bagi membolehkan semua program keusahawanan dipusatkan dengan EpiC sebagai fasilitator dan pengkarya polisi bagi aspek keusahawanan.

“USM juga cukup ikonik dengan usaha-usaha yang berbentuk kesukanan seperti Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang dan Pesta Bola Jaring USM-Penang International yang telah bermula sekian lama, tetapi sebenarnya disokong oleh semangat keusahawanan terutama sekali apabila kedua-dua acara besar ini melibatkan penyertaan antarabangsa,” tambah Asma.

jkhgkj

Pada majlis yang sama turut diumumkan kedudukan juara sehingga tempat kelima bagi pertandingan Makeathon Zon Utara 2018 yang juga dianjurkan oleh USM dengan kerjasama KPM dan para pemenang bakal mewakili Zon Utara bagi pertandingan peringkat kebangsaan November nanti.

Celcom Axiata Berhad selaku penaja Platinum Karnival Keusahawanan yang menyumbang RM30,000 turut menyumbangkan penajaan berjumlah RM50,000 bagi menjalankan program KPM-CELCOM Siswapreneur@USM khas buat golongan asnaf.

Seramai 200 pelajar asnaf akan diberi peluang dan pendedahan dalam dunia keusahawanan serta bakal menerima ‘mobile food cart’ sebagai inkubator baharu bagi program ini.

ytduy

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor Universiti Awam, pegawai-pegawai kanan KPM dan IPT serta para pelajar UA seluruh Malaysia.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1518

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024